Pelakon dan penyampai radio, Anas Tahir akui terkilan dengan sikap segelintir pihak yang gemar memperlekehkan dirinya hanya kerana dia merupakan adik kepada penyanyi popular, Faizal Tahir.
Menurut Anas, dia sebenarnya sudah lama memendam rasa dan merasakan kini sudah tiba masanya dia meluahkan kekecewaannya itu.
“Bagi setengah orang, ini bukan isu besar. Bagi saya pula, dah berbelas tahun saya rasa seperti kesian pada diri sendiri. Kita selalu fikirkan pasal orang tapi orang tak fikirkan saya.
“Baginilah, sebenarnya dah lama saya nak cakap perkara ini tapi tak sampai hati. Takut orang lain fikir buruk pasal saya tapi saya rasa dah sampai masa dah.
“Cukuplah saya dah hadirkan diri ke majlis-majlis orang kemudian bila nak bergambar ada pula yang kata ‘Faizal tak datang ke? Kalau takda Faizal pun takpelah adik pun jadilah’. Rasa kesian kan dekat diri saya ni? Hampir semua orang macam tu,” katanya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyampai radio Zayyan FM itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Ads
Katanya lagi, dia juga tidak kisah sekiranya ada pihak yang menjadikan dirinya sebagai pilihan kedua, namun, cara layanan haruslah dilakukan dengan betul.
“Ada juga yang menelefon saya meminta Faizal datang ke program mereka tapi saya tak boleh bagi kata putus. Jadi, saya minta mereka hubungi manager Faizal sendiri. Bila dah tahu rate Faizal, mereka telefon saya semula beritahu harga Faizal mahal.
“Habis tu saya nak buat macam mana lagi? Apa sebab panggil Faizal? Sebab nakkan crowd kan? Crowd Faizal memang banyak kalau nak banding dengan saya. Nak murah panggil je saya tapi mereka tak nak pula.
Ads
“Ada yang minta saya datang ke majlis untuk gantikan Faizal. Saya tak kesah dan saya datang. Bila saya dah datang, mereka pula berucap ‘Sebenarnya kita mengharapkan kehadiran Faizal Tahir tapi dia tak dapat hadir. Adik dia pun jadilah’
“Saya ni bukan main jaga hati penganjur tetap datang ke program mereka walaupun pada awalnya mereka nak jemput Faizal. Saya nak tolong back up abang saya supaya orang tak kata dia sombong. Tapi janganlah keluarkan kata-kata macam tu. Saya kecik hati. Macam saya ni lekeh sangat,” ujarnya lagi.
Ads
Dalam pada itu, Anas turut menegaskan kepada semua pihak tidak agar tidak mengambil kesempatan ke atas dirinya hanya kerana untuk mendekati abangnya.
“Cuba kalau perkara ni jadi dekat korang sendiri? Apa korang rasa? Saya dah lama nak cakap hal ni tapi tak tahu macam mana. Kalau anda ni hanya berkawan dengan saya semata-samata nak dekat dengan Faizal, lupakan jelah.
“Kadang kala, hubungan kita ni baik dengan adik beradik kita tapi disebabkan mulut-mulut orang macam ni la yang buatkan hubungan jadi renggang. Padahal kita okay je dan saya dengan abang pun baik je.
“Tolong la buang mentaliti sebegitu,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Anas Tahir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hari ini, industri seni tanah air dikejutkan dengan pemergian pelakon dan pelawak lagenda tanah air, Hamid Gurkha.
Khabar mendukacitakan itu dikongsikan sendiri oleh pengendali akaun Facebook, Hamid Gurkha sebentar tadi.
“Assalamualaikum semua peminat Pak Hamid. Pak Hamid telah meninggalkan kita semua. Semoha rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman,” tulisnya.
Perkhabaran mengenai pemergian pelawak ini juga turut dilaporkan menerusi laman Instagram program tv, Melodi.
Memetik laporan Melodi, Hamid Gurkha telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 2.11 petang di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Dalam pada itu, pengendali akaun tersebut turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga Hamid Gurkha ditempatkan bersama golongan beriman.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa sedih selain turut menyifatkan pemergian Hamid Gurkha sebagai satu kehilangan besar buat industri seni tanah air.
Sebelum ini, portal berita, Harian Metro melaporkan Hamid Gurkha telah dimasukkan ke hospital sejak Khamis lalu berikutan masalah kesihatan paru-paru yang dialaminya.
Sepanjang bergelar pelakon, Hamid Gurkha telah membintangi pelbagai filem-filem tempatan antaranya Panglima Badol, Gila-Gila, Zombi Kampung Pisang dan banyak lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Facebook Hamid Gurkha, Melodi & Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejurus drama rantaian Bisik-Bisik Gelora tamat, pelakon Redza Rosli menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah menonton naskhah berkenaan sepanjang ia drama tersebut bersiaran.
Redza atau atau nama lengkapnya Ahmad Redza Rosli turut memohon maaf sekiranya ada kekurangan sepanjang dia melakonkan watak sebagai Jad Izzuddin di dalam drama bersiri 35 episod itu.
Pada masa sama, pelakon berusia 30 tahun ini berharap agar semua penonton mendapat nilai mesej pengajaran daripada drama rantaian tersebut.
“Alhamdulillah semalam dah pun pengakhiran untuk Bisik Bisik Gelora. Saya nak ucap terima kasih kepada semua yang mengikuti drama ini sepanjang 35 episod.
“Maafkan saya kalau ada kekurangan dari saya selama 35 hari ini. Mana yang baik kita jadikan panduan atau contoh yang baik untuk diri kita & mana yang tidak baik juga kita jadikan satu pengajaran buat diri kita,” tulisnya di Instagram.
Redza turut memberikan kredit kepada semua pihak terlibat.
“Dan tidak lupa juga kepada @globalstationsb & @aliaramly terima kasih kerana memberi kepercayaan & peluang kepada saya untuk memikul tanggungjawab sebagai Jad Izzuddin.
”Kepada Tuan Pengarah @rizabaharudin thank you abang dari hari pertama hingga penghujung yang selalu ada & pantau sepanjang saya berada dilokasi penggambaran. You’re the best!
”Dan kepada Team Bisik Bisik gelora yang terlibat thank you much! Terutamanya tulang belakang saya @rrsupporters terima kasih anda tahu siapa anda,” titipnya.
Selain Redza, drama ini turut dibintangi barisan pelakon lain antaranya Raysha Rizrose, Gambit Saifullah, Afifah Nasir dan ramai lagi.
Bisik-Bisik Gelora sebelum ini ditayangkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di slot Akasia, TV3 bermula 21 Mei lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...