Penyanyi Aishah terkejut apabila rakan penyanyi, Noraniza Idris menerima kritikan wargamaya selepas persembahan nyanyiannya dikecam menerusi program hiburan, Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).

Malah, bekas juara program sama turut menyatakan rasa terkilan apabila terdapat individu yang mengkritik nyanyian penyanyi tersebut yang seolah-olah mengalahkan mereka yang benar-benar arif dalam muzik dan seni suara.

“Allahuakbar, seminggu dua ini I mengharungi cabaran kecaman di alam maya, rupanya teman duet Finals GV7 nanti juga mengalami nasib yg sama. Hahahaha I pulak yg geram membaca komen2 ni.

“Komen2 negatif dari orang yg mcm dia pandai sangat tentang muzik dan seni suara, tapi hakikatnya orang2 ni sendiri kalau kita letak atas pentas hampir pasti akan BARAI persembahannya.

“Lagi ada hati nak komen dan tuduh2 mcm2. Komen berapi2, emosi dan buka ruang utk orang lain kecam. Ya Allah, ini program hiburanlah, chill skit dan beradab boleh tak?,” katanya.

Malah, penyanyi Camar Yang Pulang itu juga turut menjelaskan, setiap orang mempunyai cita rasa sendiri, cuma, tidak perlu menghentam sekiranya ia tidak selari dengan selera diri.

IKLAN

“Kalau kita tak suka suara seseorang, itu CITARASA masing2, dah taste engkau mcm tu, oklah, tapi perlu ke nak kecam? Bukankah dlm surah Yassin yg mengatakan yg segala anggota kita akan jadi saksi di atas perbuatan kita di akhirat nanti?

“Tak takut ke nanti jari (bukan saja mulut kita) akan jadi saksi kerana mereka menaip kata2 kejian, hinaan dan fitnah terhadap seseorang? Tak rasa rugi ke nanti?

“Worth it ke hilang pahala amalan kita kerana tidak menjaga kata2 kita utk program hiburan? Tak suka takpe, tapi beradablah sikit, orang yg diumpat tu ada suami, ada anak2 ada famili.

“Tak suka, pergilah toilet ke, makan ke apa ke masa dia menyanyi. Kalau tak pun, tutup saja tv tu, atau tukar channel. Selamatkan diri kita sendiri dari mengata. Kerana kita yg akan kerugian nanti,” tulisnya.

IKLAN

“Kalau Tak Suka Suara Seseorang, Itu Citarasa Masing-Masing, Tapi Perlu Ke Nak Kecam?” – Aishah Komen Isu Netizen Kritik Noraniza Idris

Sambil meminta ramai untuk menghormati bakat seni, Aishah turut akui penyertaan di dalam program tersebut bukanlah mudah.

“Perjalanan berminggu2 dalam GV bukan mudah, kalau jiwa dan hati tak kental memang akan kecundang. Yg tak pernah lalui takkan tahu.

“Mcm manalah industri seni kita nak maju kalau kita tak henti bashing karyawan kita sendiri. Sedangkan yg luar datang nyanyi ramai pun mcm Tok Ram kata macam ‘hauk’, tapi orang kita agung2kan.

IKLAN

“Some respect please for our talents, carilah kebaikan setiap orang tu, kerana kita pun perfect sangat ke?

“Sila muhasabah diri. Jangan kita muflis pahala di padang mahsyar disebabkan dosa yg mengalir,” tulisnya panjang lebar menerusi satu hantaran di Instagram.

Terdahulu, persembahan menerusi dua buah lagu daripada Noraniza Idris di konsert separuh akhir GV7 Ahad lalu menerima reaksi pelbagai penonton.

Malah, Aishah juga pernah berdepan kritikan apabila nyanyiannya dalam satu program hiburan secara langsung turut menjadi perhatian penonton baru-baru ini.

Foto: Instagram Aishah, Noraniza Idris

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI