Menerusi posting terbaru pelakon Rita Rudaini ada meluahkan rasa tidak puas hati kepada sesetengah individu yang suka meluahkan perasaan ketidakpuasan hati di laman media sosial.
Kongsinya, situasi itu lebih baik andai diselesaikan dengan cara berdepan atau ambil pendirian untuk berdiam diri.
“Klau xpuas hati dgn org mesti nak UP status kan xpaham jenis mcm ni…status xle tolong apa2 pon…xle selesaikan masalah pon…org yg benar n berani xkn up status…
“Jumpa depan n sudahkan klau kata ‘lebih baik diam’ …diam je lah xyah up status ke apa ke kan? Nk up status tp kena btg hidung sendiri..up status ni dak2 wechat je main…nk tunjuk satu dunia xsalah”tulisnya.
“Ramai org takut nak mengaku tak bahagia….malu mungkin …sggup tipu diri sendiri…..Bahagia sebenar bukan di luaran or di instagram tp di dalam…,” tulisnya.
Lalu, perkongsian Rita mendapat reaksi pelbagai tetapi rata-ratanya bersetuju dengan apa yang diperkatakan ibu tunggal kepada dua cahayamata itu.
Dalam perkembangan lain, bintang ini sibuk di lokasi penggambaran telemovie, Mak Nak Peluk Boleh arahan Rashid Sibir.
Pejam celik, rupanya sudah genap sebulan usia permata hati pasangan pelakon Raff Yaakob dan Mawar Rashid.
Diakui sebagai antara bayi selebriti yang paling mencuri perhatian netizen ketika ini, wajahnya sering kali menjadi ‘peneman’ Mawar tiap kali berkongsi entri terbaru di Instagram khususnya.
Malah, si ibu sendiri lewat petang semalam ada memuat naik foto anaknya yang dirakam secara kandid.
“Besok Rafael akan cukup sebulan. Cepat nya masa berlalu. Mommy dah start sebak @radenrafaelraf#6daysold. Btw, ni gambar Rafael yang paling galak senyuman dia. Gambar ni @radenrayyanrafyang tangkap.
“And Rayyan dia punya sweet, dia letak dekat wallpaper phone dia. How sweet kan,” kongsinya.
Pelakon dan bintang Hollywood, Will Smith, berdepan tindakan undang-undang apabila seorang pemuzik violin profesional, Brian King Joseph, menfailkan saman terhadapnya atas dakwaan gangguan seksual...