Ads

“Kalau Tak Puas Hati, Boleh Mesej…” – Fizi Ali Minta Maaf Isu Komunikasi Anak Ketika Umrah, Tak Mahu Panjangkan Isu

Pengacara dan penyampai radio, Fizi Ali tampil memohon maaf serta enggan memanjangkan lagi isu salah faham berkaitan komunikasi di antara anaknya, Ameena Sofia, dan bekas isteri, Shakilla Khoriri, sewaktu mereka menunaikan umrah baru-baru ini.

Menurut Fizi, dia tidak menyangka perkara sebegitu akan tercetus ketika dia dan keluarga berada di Tanah Suci.

“Kalau Tak Puas Hati, Boleh Mesej…” – Fizi Ali Minta Maaf Isu Komunikasi Anak Ketika Umrah, Tak Mahu Panjangkan Isu

“Bila berlaku hal seperti itu di Tanah Suci, saya agak terkejut. Tak mengapalah, mungkin ada juga silap daripada saya.

“Jadi, saya ingin memohon maaf jika ada pihak yang terasa hati atau anggap saya ini tidak bertanggungjawab. Saya susun sepuluh jari untuk mohon maaf,” katanya kepada MH.

Fizi berkata demikian ketika ditemui di sidang media Anugerah Bintang Popular ke-37 (ABP37) di Menara Kuala Lumpur pada Rabu.

Jelasnya, kedua belah pihak sebenarnya sudah memahami cara komunikasi berkaitan urusan anak, lebih-lebih lagi ketika mereka bercuti.

“Kalau Tak Puas Hati, Boleh Mesej…” – Fizi Ali Minta Maaf Isu Komunikasi Anak Ketika Umrah, Tak Mahu Panjangkan Isu

“Berkaitan status yang dikeluarkan itu, sebelum ini, tidak pernah timbul sebarang isu pun. Saya dan pihak bekas isteri sentiasa ada komunikasi.

Ads

“Jadi, kalau nak hubungi anak, memang tiada masalah. Selalunya kita akan mesej dahulu untuk maklumkan yang kita nak hubungi anak. Jadi, saya anggap hal ini akan berterusan sampai bila-bila.

“Sebelum ini, ada sahaja saya atau dia bawa Ameena pergi bercuti. Hal seperti ini memang tidak sepatutnya berlaku dan diperbesarkan.

“Kalau nak telefon, hubungi sahajalah. Saya pun tak tahu apa yang membuatkan dia jadi seperti itu,” ujarnya lagi.

Hubungan Kini Baik

Dalam masa sama, Fizi menjelaskan jadual yang padat serta masalah kesihatan ahli keluarga menyebabkan dia agak sibuk sepanjang berada di Mekah.

“Kalau Tak Puas Hati, Boleh Mesej…” – Fizi Ali Minta Maaf Isu Komunikasi Anak Ketika Umrah, Tak Mahu Panjangkan Isu

“Ketika di sana, Ameena ada teringatkan ibunya. Bila pergi membeli belah, dia nak belikan sesuatu untuk ibunya itu. Namun, dia tiadalah sampai mendesak nak telefon ibunya.

Ads

“Lagipun, kami sedang menunaikan umrah. Nak dijadikan cerita, isteri dan anak saya yang paling kecil jatuh sakit. Saya juga baru pertama kali tunai umrah dan jadualnya sangat padat.

“Bila orang kata sempat pula saya update Instagram Stories, itu pun memang hujung-hujung sahaja dapat update media sosial,” jelasnya.

Tambah Fizi, perkara seperti ini sebenarnya boleh dibincangkan tanpa perlu melibatkan pihak luar.

“Kalau Tak Puas Hati, Boleh Mesej…” – Fizi Ali Minta Maaf Isu Komunikasi Anak Ketika Umrah, Tak Mahu Panjangkan Isu

“Kalau ada yang tak puas hati, boleh sahaja mesej. Bila jadi seperti ini, isu akan jadi lebih besar. Ia jadi tak best. Saya tak tahulah ada pihak yang mencucuk atau tidak.

Ads

“Namun, isu ini sepatutnya diselesaikan secara dalam. Kita boleh lebih meluahkan apa yang kita rasa. Bila terjadi hal seperti ini, dua-dua pihak akan nampak buruk,” kongsinya.

Ketika ditanya mengenai hubungan terkini dengan Shakilla selepas pulang dari umrah, Fizi memaklumkan semuanya kini berada dalam keadaan baik.

“Kalau Tak Puas Hati, Boleh Mesej…” – Fizi Ali Minta Maaf Isu Komunikasi Anak Ketika Umrah, Tak Mahu Panjangkan Isu

“Ketika ini, kami memang tiada masalah apapun. Selepas pulang daripada umrah dan kembali hantar anak ke ibunya, dia nampak okay sahaja dan tiada masalah. Jadi, saya rasa mohon maaf lebih senang,” akhirinya.

Terdahulu, Shakilla memuat naik hantaran di media sosial memaklumkan dia sudah sembilan hari tidak dapat berhubung dengan anaknya ketika mereka berada di Tanah Suci.

Untuk rekod, Shakilla dan Fizi berkahwin pada 18 Januari 2018 sebelum bercerai pada Disember 2021. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ameena.

Shakilla kemudian berkahwin dengan Mohd Fariz pada 24 Februari 2024, manakala Fizi pula mendirikan rumah tangga dengan Siti Zulaikha pada 23 Oktober 2023.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Nama Yang Sama Muncul Dalam Bentuk Fizikal,” – Kebetulan 10 Tahun...

Pelakon dan pengacara yang kini aktif dalam dunia fesyen, Karl Shafek menyifatkan kerjasama bersama kumpulan Alpha sebagai satu kebetulan yang gus mengimbau kenangan tersendiri...
error: Hello. Cannot.