Berita

“Kalau Tak Minat, Saya Tak Buat…,” – Cari Rezeki, Sophia Albarakbah Turun Padang Jual Air Kelapa Pandan Di Bazar Ramadan

Share

Walaupun sibuk dengan jadual penggambaran, situasi itu tidak menghalang pelakon, Sophia Albarakbah untuk cari reseki lebih dengan menceburi bidang perniagaan sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Menurut Sophia, dia bersama kakaknya bakal memulakan perniagaan air kelapa pandan di Bazar Ramadan, Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

“Saya dan kakak ada jual kelapa di Bazar Ramadan Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Ia mungkin akan mula beroperasi pada hari ketiga Ramadan.

“Kalau nak rasa air tangan kami, bolehlah datang nanti. Kalau tiada jadual penggambaran, saya pasti akan datang. Jika tidak, kakak dan pekerja yang akan uruskan,” katanya kepada MH.

Pelakon drama, Bisik Asmara itu berkata sedemikian ketika ditemui di program TV3 RR:2026, Jwanjih Kenyang!, baru-baru ini.

Sophia menjelaskan, idea untuk menjual air kelapa pandan tercetus selepas melihat permintaan tinggi terhadap air kelapa segar berbanding air kelapa yang telah siap dibancuh di dalam balang.

“Saya memang suka air kelapa tapi bukanlah jenis yang bergula. Jika di bazar, kita nampak ramai yang jual air kelapa di dalam balang. Ada diantara mereka yang letak gula dan ais.

“Ada kalanya saya agak skeptikal tentang kebersihan air itu. Saya rasa lebih sihat kalau kita minum daripada sebiji kelapa.

“Kebaikkan kelapa ini ada banyak. Ia juga merupakan electrolyte semula jadi dan boleh menggantikan minuman isotonik.

“Saya juga nak menggalakkan orang ramai untuk kurangkan gula. Minuman ini sangat sihat dan menyegarkan. Malah, kita juga punyai topping dan perisa yang menarik,” kongsinya lagi.

Bukan Sekadar Suka-Suka

Dalam pada itu, Sophia menegaskan dia dan adik-beradiknya sudah bersedia menerima sebarang maklum balas daripada pelanggan sebaik sahaja perniagaan tersebut mula beroperasi.

“Respon pelanggan adalah perkara yang paling penting. Kita mahu berikan servis yang terbaik untuk semua orang.

“Ini juga merupakan pengalaman pertama saya dan kakak meniaga. Namun, saya betul-betul suka bisnes ini. Sebab itu saya nak buat. Saya bukan sejenis yang bila tak minat tapi tetap nak menjual.

“Bila saya jual sesuatu, saya akan pastikan ia sesuatu yang saya suka dan sihat untuk orang ramai,” ujarnya.

Ketika ditanya sama ada perniagaan tersebut akan diteruskan pada bulan-bulan berikutnya, Sophia memaklumkan keputusan itu bergantung kepada sambutan pelanggan.

“Kita lihat dahulu bagaimana sambutannya nanti. Untuk kali ini, kita cuba dahulu,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

 

@mediahiburanofficial Walaupun sibuk dengan jadual penggambaran, situasi itu tidak menghalang pelakon, Sophia Albarakbah untuk cari reseki lebih dengan menceburi bidang perniagaan sepanjang bulan Ramadan tahun ini. Menurut Sophia, dia bersama kakaknya bakal memulakan perniagaan air kelapa pandan di Bazar Ramadan, Stadium Merdeka, Kuala Lumpur 😍🙌🏻. #MHnews #MediaHiburan ♬ original sound – Media Hiburan
Published by
Aizam Manaf