‘Kalau Tak Boleh Terima Teguran, Jangan Jadi Artis’ – Ajak Shiro

Menjadi selebriti bukanlah mudah seperti yang disangkakan. Ada sahaja yang tidak kena di mata peminat mahupun sesiapa sahaja.

Kerana ini sebagai selebriti mereka sering ditegur oleh ramai pihak dengan pelbagai cara. Antara yang tidak terlari sering berhadapan dengan situasi ini adalah pelawak Ajak Shiro.

Memetik laporan mStar Online, Ajak memberitahu dirinya sangat terbuka untuk menerima segala kritian yang membina daripada netizen.

IKLAN

Namun tidak akan mengendahkan kritikan jenis makian mahupun cacian terutamanya yang melibatkan keluarga.

Bagaimanapun, Ajak memberitahu sekirannya seseorang selebriti itu tidak boleh menerima sebarang teguran daripada sesiapa, lebih baik seseorang selebriti itu jangan jadi selebriti katanya lagi

IKLAN

“Yang mana kritikan membina saya akan ambil tapi komen yang makian, cacian dan melibatkan keluarga benda itu saya tak marah dan tak ambil kisah.

 

“Tambah-tambah pula jadi artis, kalau tak boleh terima teguran, jangan jadi artis,” ulasnya.
Hmmmm ada betulnya juga, bagi pandangan MH sebagai selebriti, seseorang itu haruslah bersedia fizikal dan mental untuk hadapi apa sahaja yang akan berlaku.

Termasuklah menerima teguran daripada orang ramai. Memanglah adakalanya teguran itu agak melampaui batas, namun pandai-pandailah menapis apa yang perlu di ambil kira dan apa yang tidak.

SUMBER: mStar Online