Pelakon Shakilla Khoriri meluahkan rasa terharunya kerana dia kini sudah bergelar seorang ibu selama dua bulan.
Dalam pada itu, Shakilla mengakui bahawa dia kini sukar untuk melelapkan mata kerana terlalu memikirkan masa depan anaknya, Ameena Sofia yang kini berusia dua bulan.
“Hari ni aku rasa sebak entah kenapa. Semalam tak lena tidur. Sebenarnya dah 3-4 hari.
“Aku rasa sebak bila terkenang anak2 yang dilahirkan tak sempurna. Aku dok stalk satu IG yang menceritakan anak istimewanya dari lahir sampai ke 5 tahun sekarang.
“Allahuakbar.. sebak dada tengok. Bila fikir balik, kalaulah aku ditempat diorang belum tentu aku kuat. Belum tentu aku boleh teruskan hidup tanpa sokongan dan kata2 positive dari orang ramai.
“Dalam video ni, kali pertama aku dapat pegang,angkat dan cium @ameenasofia_ . 15 March 2019. Satu perasaan yang aku tak tahu macam mana nak gambarkan.
“Bahagia. Tak percaya. Sedih. Terharu. Perasaan bercampur baur. Dada tak henti berdebar. Even sampai hari ni.
“Hampir 2 bulan lebih aku masih tak percaya. Budak ni anak aku. Aku yang uruskan budak ni sampai hari ni. Makin sedih.
“Macam2 yang terlintas dalam fikiran. Macam mana kalau umur aku tak panjang? Macam mana kalau terjadi apa2 pada aku atau Fizi? Macam mana aku dengan Fizi nak membentuk dan mendidik amanah Allah ni. Fikiran yang buat aku fikir setiap malam. Takut tapi bahagia.
“Aku akan buat semampu dan seboleh aku untuk budak ni. Semoga Allah permudahkan.
Video tersebut memaparkan reaksi Shakilla memeluk dan mencium Ameena selepas selamat dilahirkan pada 15 Mac lalu.
Lalu, netizen berasa sebak melihat video berkenaan.
Untuk rekod, Shakilla dan suaminya, Fizi Ali mendirikan rumah tangga pada Februari tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ameena Sofia,2 bulan.
Video : IG Shakilla Khoriri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ketika kita menikmati hidangan berbuka puasa, rakyat di Gaza menyambut Ramadan yang pertama dengan mencari sisa-sisa yang tinggal setelah dibedil tentera Israel malam tadi.
Dalam pada itu, aktivis kemanusiaan Heliza Helmi turut berasa sedih dan pilu melihat tragedi yang menimpa bumi Gaza.
“Sepatutnya 3hb Mei Kakja dah terbang ke Gaza, nama naik termasuk untuk masuk ke dalam Gaza, namun Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik. Rindu Gaza tak tertanggung huuuu
“In sha Allah , Gaza see you soon in sha Allah
“In #Ramadan, when you gather with your family for #Iftar peacefully, remember that there are families in #Gaza became homeless and have no place to have #Iftar after the Israeli occupation leveled their houses to the ground.
“Remember the orphaned children, the destroyed #Masjids, the detained ones, the wounded, the elderly and the mothers who lost their children too,” tulis Heliza atau emsra disapa Kakja.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...