Isteri kepada penyanyi, Lan Solo iaitu Nur Sheila muat naik foto suaminya bersama dengan bekas-bekas ahli kumpulan Kristal di laman Instagramnya, semalam.
Rupa-rupanya ada makna di sebalik foto tersebut yang ternyata menyimpan 1001 kisah.
“Meh kita cerita dalam bahasa pasar ya. Semua senang faham. Tak payah puitis-puitis sangat.
“20 tahun lepas, ini yang pernah diorang sembang-sembangkan. Tak kisahlah showcase ke, konsert ke tapi ini lah maksudnya. Melunaskan permintaan penyokong mereka. Ternyata jodoh tak panjang.
“Seorang demi seorang meninggalkan adik-beradik yang tiada pertalian darah ni. Bertegang urat? of course pernah. Dah nama adik-beradik kan?
“Tapi…mereka-mereka ni sentiasa positif bila mana tiada siapa pun boleh menidakkan ketentuan DIA.
“Industri ni kecik, pusing-pusing jumpa, jangan terlalu mendongak, jangan kipas lebih-lebih, jangan negatif lebih, orang keliling pula jangan laga-lagakan lebih-lebih.
“Jangan kira orang punya untung, kira sendiri punya untung, sebab itulah rezeki kita. Tuhan bagi bersebab kan, jadi dia tarik pun bersebab.
“Jangan rasa terlalu perfect. Rezeki bukan kat tangan manusia yang sama-sama kena hitung kat sana nanti. Rezeki dari DIA, kalau kau menidakkan maknanya kau menidakkan ketentuan DIA. So, stay fokus, stay strong, fly high sahabat.
“Dear Ainol, Ezal, Joe, Ejan,Amai. InsyaAllah dengan niat yang baik untuk sama-sama bantu anak-anak yang senasib dengan anak-anak aku yang sumbing atau klef. Aku doakan rezeki korang melimpah ruah.
“Biar nampak sumbingnya depan mata, daripada sumbingnya hati manusia. Terima kasih korang,” tulisnya.
Untuk pengetahuan, Lan Solo bakal mengadakan showcase iaitu Lan Solo Next Level khas buat peminatnya pada Mac 2019 nanti bertempat di Matic.
Showcase itu juga diadakan bagi mengutip derma buat badan amal Persatuan Klef, Bibir dan Lelangit Malaysia (Clapam).
Harga tiket sudah mula dijual pada harga serendah RM88 hinga RM149.
Foto/Instagram: Sheila Razlan & Lan Solo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini tular di media sosial apabila video aplilasi TikTok pelakon Zahirah MacWilson dengan ‘si tangan misteri’ menjadi tanda tanya ramai pihak.
Bagaimanapun, ada juga netizenyang sanggup ‘stalk’ Aiman Hakim Ridza yang kononnya jam tangan itu adalah miliknya.
Terbaru, pelakon Sharifah Sakinah telah mendedahkan identiti lelaki berkenaan di akaun Instagrammya.
“Oooo ingat Zahirah MacWilson je blh pkai jam tangan Aiman..Hehehe sorry girl i have to reveal tangan siapa on your Tiktok selama ini. I also got Aiman’s hand to shoot with this popularTikTok song,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen pula, Zahirah telah memberi respon dengan cara tertawa terhadap video berkenaan.
Terdahulu, Zahirah dan Aiman pernah dikaitkan bercinta bersama apabila mereka memuat naik gambar di Instagram dengan kapsyen yang mengundang iaitu hashtag #zahirAH (Zahirah & Aiman Hakim)
Video : IG Sharifah Sakinah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya