Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui dia tidak teragak-akan untuk ‘block’ pengikutnya yang meninggalkan komen negatif di media sosial.

Katanya, tindakan itu dibuat berikutan tidak mahu ‘followernya’ berbalah sesama sendiri sekali gus boleh menimbulkan fitnah.

“Mana teguran baik dan membina saya ambil, sebab mungkin ada yang saya tak tahu kan tetapi kalau sampai tahap melampau atau orang yang saja niat tak elok memang saya akan block akaun mereka kerana tidak mahu ada aura negatif dalam Instagram saya.

“Orang negatif dalam saya punya IG, saya akan block je, bukan bermakna kejam ke apa, saya ada nilaikan, tak mahulah orang lain merosakkan ‘rumah’ saya kan? Komen yang negatif dan melampaui batas sebenarnya sudah menggambarkan niat sebenar seseorang itu jadi daripada timbul perkara tidak baik lain, lebih baik saya sekat,” katanya kepada Media Hiburan.

Sebelum ini, Siti berdepan dengan kecaman netizen apabila dia memuat naik video anaknya, Siti Aafiyah berenang menggunakan pelampung di bahagian leher.

IKLAN

Susulan itu, Siti mengambil langkah selamat dengan mengurangkan memuat naik foto anaknya di laman Instagramnya.

“Kalau Sampai Tahap Melampau Memang Akan Sekat Akaun,”- Respon DS Siti Nurhaliza Buat ‘Si Biadap’

IKLAN

“Sebelum ini pun ada yang meninggalkan komen berbaur negatif… Jadi bagi mengelak perkara sama berulang, suami berpesan agar tidak tidak terlalu kerap memuat naik gambar Aafiyah di Instagram.

“Bimbang nanti orang mengata selain tidak mahu dia menjadi sasaran segelintir netizen yang tidak berpuas hati,” katanya lagi.

“Kalau Sampai Tahap Melampau Memang Akan Sekat Akaun,”- Respon DS Siti Nurhaliza Buat ‘Si Biadap’

IKLAN

Siti ditemui pada majlis pelancaran produk terbaharu SimplySiti iaitu Kosmetik Gold Edition yang diadakan di Menara KL, semalam.

Foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI