Setelah hampir 9 bulan bergelar ibu, penyanyi Kaka Azraff ada berkongsi cerita tentang perihal anaknya, Aslan Adam menerusi akaun Instagram.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Sibuk itu mendedahkan anaknya bersikap seperti seolah-olah tidak boleh berjauhan dengan dirinya dan mahu bersama hampir setiap masa.
Lalu, penyanyi berusia 31 tahun ini memohon bantuan daripada peminat untuk berkongsi tips bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh dirinya.
“Mommys, mcm mana buat if anak clingy sangat? Aslan is 9months now , and dia sangat2 clingy. If orang dukung, i depan dia pun dia nangis.
Ads
“How la like this?? Help me. Share with me some tips pleaseeee,” tulisnya.
Menjengah diruangan komen, rata-rata peminat turut berkongsi beberapa tips atau cara yang boleh dilakukan oleh Kaka.
Ads
Untuk rekod, Kaka telah mendirikan rumah tangga bersama Adam Azriff pada 14 Disember 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Aslan Adam pada 11 Oktober lalu.
Foto: Instagram Kaka Azraff
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Nelydia Senrose mengakui dia dan suami tidak tertekan meski belum dikurniakan cahaya mata walau sudah lebih setahun mendirikan rumah tangga.
Menurut Nelydia, dia akur dengan segala perancangan Yang Maha Esa dan menganggap sekarang mungkin bukan waktu yang terbaik buat mereka untuk memiliki ahli keluarga baru.
“Sekarang ini saya sibuk dengan shooting, tapi kalau boleh ada rezeki tu saya nak sangat ada cahaya mata.
“Mungkin sekarang Allah kata belum masa yang sesuai untuk saya dikurniakan cahaya mata.
“Saya akur dan reda cuma saya minta kalian doakanlah yang baik-baik.
“Rezeki, ajal dan maut semua Dia yang tentukan tapi saya tidaklah terlalu tertekan. Kami baik-baik sahaja memandangkan baru berkahwin tahun lalu, Insya-Allah soon,” doa Nelydia.
Dalam pada itu, adik kepada pelakon Uqasha ini juga turut akui dia tidak melihat perkara tersebut dari sudut negatif.
Sebaliknya, dia amat berterima kasih kepada semua pihak yang perihatin mengenai sisi kehidupannya di samping suami tercinta.
“Saya tidaklah pressure sebab saya rasa orang semua faham dan saya sendiri okay sahaja bila ada yang bertanya.
“Itu perkara biasa dan saya tak anggap pun ia satu benda yang negatif. Orang tanya sebab orang nak tahu, terima kasih,” jelasnya lagi kepada MH.
Nelydia berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran flagship store jenama flip flop terkemuka Brazil, Havaianas di Pavillion,Kuala Lumpur pada Selasa.
Bintang drama Lelakimu Yang Dulu itu merupakan duta rasmi bagi jenama selipar berkenaan bersama Fatin Afeefa.
Dalam pada itu, Nely menambah, dia tidak akan terburu-buru untuk membuat mengumuman seandainya disahkan hamil satu hari nanti.
“Kalau kata saya mengandung, kalau boleh tidak mahulah umumkan terlalu awal. Mungkin tunggu sehingga kandungan itu kuat, barulah berita gembira tersebut akan dikongsikan.
“Sebab bagi saya, kesihatan dan keselamatan bayi yang dikandung itu penting,” katanya.
Terdahulu, Nelydia mendirikan rumah tangga pada tanggal 6 April 2019 bersama ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.
Sementara itu, Havaianas Flagship Store kini sudah mula dibuka di aras 5, Pavillion Mall, Kuala Lumpur.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Finalis Hero Remaja tahun ini, Umar Badrol Hisham atau sinonim dengan sapaan Umar Hisham mengakui dunia glamor bukanlah kehidupan ‘ala kayangan’ seperti yang digambarkan segelintir individu.
Tekanan mental dan kemurungan ada kalanya menjadi asam garam di kalangan selebriti, namun semuanya dikaburkan di sebalik kemewahan dan populariti.
Perkara itu mulai dirasai sejak menyertai Pencarian Hero Remaja 2020.
Mengakui bukanlah siapa-siapa hatta Instafamous, namun jelas Umar, penglibatan dengan Hero Remaja membuka mata kepada perspektif baru dalam hidup. Resipinya mudah, mulakan dengan langkah kanan dan doa kepada Yang Satu.
“Saya faham penerimaan orang berbeza-beza. Cara saya mudah, orang tidak akan mudah jatuhkan kita jika kita bijak membawa diri. Tekanan tentu akan ada bila diri terdedah kepada netizen, namun hidup kena sentiasa beringat.
“Sebab itu pentingnya memilih siapa yang berada di sekeliling kita. Saya bukan siapa-siapa apabila masuk Hero Remaja, malah bukan Instafamous pun. Tidak pernah rasa menjadi perhatian dalam apa yang dilakukan, namun sepanjang berada bersama Hero Remaja, saya rasakan tempias tekanan dalam diri.
“Jadi daripada situ, saya sudah merancang perjalanan dalam dunia seni. Rasanya kehidupan peribadi tidak perlu dicanang untuk jadi popular. Ada sahaja pelakon yang popular namun kehidupan peribadi disembunyikan seperti Bront Palare. Menjual diri biar bertempat,” kongsinya ketika dihubungi.
Mengakui bukanlah ‘budak baik’ namun ulasnya, hidup kena bijak. Tidak gentar andai ada yang cuba mengorek kisah silam, jelas pemuda berusia 22 tahun ini, dia dikelilingi insan yang penuh aura positif.
“Saya mengaku bukanlah budak baik, namun melakukan perkara yang mengaibkan, tiada dalam kamus hidup. Kalau sekadar nakal budak lelaki, biasalah. Sebab itu pentingnya memilih kawan kerana secara tidak langsung ia akan mempengaruhi kehidupan dan membentuk karakter kita,” kata Umar jujur.
Walaupun tidak pernah menerima serangan secara peribadi daripada netizen, jelas Umar, sesiapa pun tidak terlepas daripada kecaman di ruang siber.
“KIta hidup pada zaman 2020, semua akan terkena tempias. Jadi tidak pelik dan ia semacam adat. Biasalah kalau kita berbeza pendapat, apa yang membezakan, cara kita hadapinya. Tapi kalau kita salah, mengaku dan minta maaf,” ulasnya lagi.
Umar antara lima finalis Hero Remaja 2020 yang bakal berentap di pentas akhir pada 16 Julai ini.
Saksikannya secara langsung di Astro Ria dan Ria HD, jam 9.00 malam.
Hari ini, industri hiburan Bollywood dikejutkan dengan khabar kurang gembira selepas aktor sensasi, Amitabh Bachchan bersama anaknya, Abhishek Bachchan dilaporkan telah dijangkiti wabak COVID-19.
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Amitabh menerusi satu kenyataan yang dikongsikan di laman Twitter.
Menurutnya, dia kini telah pun berada di hospital malah seluruh ahli keluarga dan staffnya juga sedang menjalani proses pemeriksaan.
T 3590 -I have tested CoviD positive .. shifted to Hospital .. hospital informing authorities .. family and staff undergone tests , results awaited .. All that have been in close proximity to me in the last 10 days are requested to please get themselves tested !
“I have tested CoviD positive. Shifted to Hospital. Hospital informing authorities.
“Family and staff undergone tests , results awaited.
“All that have been in close proximity to me in the last 10 days are requested to please get themselves tested!,” tulisnya.
Perkara sama turut diluahkan oleh Abhishek juga menerusi platform yang sama.
Earlier today both my father and I tested positive for COVID 19. Both of us having mild symptoms have been admitted to hospital. We have informed all the required authorities and our family and staff are all being tested. I request all to stay calm and not panic. Thank you. 🙏🏽
“Earlier today both my father and I tested positive for COVID 19. Both of us having mild symptoms have been admitted to hospital.
“We have informed all the required authorities and our family and staff are all being tested.
“I request all to stay calm and not panic. Thank you,” katanya lagi.
Dalam pada itu, pelakon filem Kabhi Kushi Kabhi Gum itu turut menyeru kepada semua pihak yang ada melakukan kontak rapat dengannya sebelum ini supaya segera membuat peperiksaan.
Berita tersebut turut mendapat perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia yang turut memuat naik perkhabaran tersebut menerusi akaun rasmi Twitter KKM.
Memerusi ruangan komen, rata-rata peminat Amitabh dan Abhishek menitipkan doa semoga kedua-duanya segera sembuh.
Pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang melabelkan dirinya dan rakan-rakan usrah sebagai ‘rapist enabler’ hanya kerana bergambar bersama isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail.