Setelah hampir 2 minggu menjalani Perintah Kawalan Pergerakan secara penuh (PKP 3.0), pihak kerajaan sekali lagi telah memutuskan untuk menyambung perlaksanaan PKP di seluruh negara selama dua minggu lagi bermula 15 Jun ini.
Lalu pelakon dan pengacara, Janna Nick mendedahkan dia kekal duduk di rumah sejak 2 minggu yang lau kecuali atas urusan kerja bagi mematuhi peraturan yang telah ditetapkan, dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19.
Jelasnya, tindakan tersebut dilakukan dengan harapan agar kes positif Covid-19 mampu dikurangkan.
“Setelah hampir 2 minggu tak keluar langsung. Kalau nak beli apa-apa pun order online. Betul-betul lockdown dengan harapan case akan turun,” tulisnya.
Ads
Bagaimanpun, pengacara rancangan Melodi ini meluahkan rasa kecewa apabila kes positif Covid-19 masih tinggi hingga PKP dilanjutkan lagi dalam tempoh 2 minggu.
“Tapi bila semalam dapat tahu PKP sambung Lagi 2 minggu. Memang kena keluar jugak ambik angin.
Ads
“Btw, nak kulit cantik,cerah & gebu..pakai pencuci muka @whitefluffy.my. Nak Argan oil wangi & murah ! Boleh check out IG @sephia.my,” tulisnya lagi.
Terdahulu, pihak kerajaan telah memutuskan untuk melanjutkan perlaksanaan PKP selama 2 minggu selepas negara masih mencatatkan rekod kes positif wabak berkenaan melebihi 5,000 sehari.
Foto: Instagram Janna Nick
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak dinafikan, selain jalan cerita dan barisan pelakon yang berbakat, lagu tema juga turut memainkan peranan penting untuk menjayakan sesebuah drama.
Lagu berjudul Cukup Derita yang merupakan runut bunyi kepada drama berjudul sama, dinyanyikan penuh penghayatan emosi dari Siti Nordiana.
Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana menjelaskan, dia rasa syukur apabila lagu tersebut mendapat komen positif daripada peminat, seiring dengan sambutan baik yang diraih daripada naskhah dramanya.
“Saya rasa sangat gembira apabila lagu ini dapat diterima baik daripada peminat, bukan lagu sahaja tetapi termasuk juga dengan drama ini.
“Saya ada juga baca komen baik-baik daripada pada peminat di laman media sosial, syukur alhamdulillah ia diterima,” katanya kepada MH.
Berkongsi lanjut mengenai proses rakaman lagu berkenaan, bintang 37 berusia tahun ini mendedahkan, bukan satu perkara mudah untuk menjadikan lagu ini berjaya dirasai pendengar.
Lalu dia mengakui, ada terkenang akan kisah-kisah silam yang pernah dilalui bagi mendapatkan penghayatan.
“Pertama kali bila saya dengar lagu ini, saya kena tahu lagu ini berkisahkan tentang apa dan selepas itu, saya ada buat ‘research’ mengenai drama tersebut.
“Jadi saya jumpa beberapa klip video drama ini dan saya ada lihat babak-babak yang dilakonkan, misalnya Ellani yang dilakonkan oleh Ruhainies kena dera Mak Gayah (Jasmin Hamid).
“Bagi saya, drama ini sangat luar biasa sebab Ellani bukan sahaja didera dari segi emosi malah fizikal. Jadi saya membayangkan derita yang dilaluinya.
“Seterusnya, saya cuba letak rasa kesedihan yang saya pernah alam sendiri untuk menyampaikan lagu ini. Saya percaya setiap daripada kita pastinya pernah melalui penderitaan tersendiri.
“Cuma iyalah, kalau boleh dah tak hendak ingat perkara yang lepas-lepas,” katanya lagi terhadap lagu lagu ciptaan komposer Tam Spider dan penulis lirik oleh Siti Rosmizah ini.
Drama bersiri Cukup Derita arahan Along Kamaludin itu dibintangi pelakon hebat seperti Hisyam Hamid, Ruhainies, Chacha Maembong, Jasmin Hamid, Didie Alias dan ramai lagi.
Ia bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda, TV3.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bagi yang pernah menonton filem berjudul Pasrah, sudah pasti mengenali dengan watak hero filem tersebut, Hafsham yang dilakonkan oleh Norman Hakim.
Berkongsi cerita, pelakon tampan berusia 43 tahun ini ada mengimbau kembali kenangan saat digandingkan buat kali pertama bersama dengan primadona alaf baru ini menerusi filem yang diterbitkan lebih 20 tahun itu.
Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon mendedahkan, dia pada ketika itu berasa kagum dengan semangat serta komited yang ditonjolkan oleh bintang berkenaan.
“Bila imbau kembali kenangan apabila bergandingan dengan Erra Fazira, saya rasa sangat seronok apabila dapat bergandingan dengannya dalam satu naskhah.
“Pengalaman saya berlakon bersamanya juga sangat mudah dan kami berdua ada keserasian bersama bila di hadapan lensa.
“Selain memiliki bakat yang besar, Erra bagi saya merupakan seorang pelakon yang komited dan kerja kerasnya dalam dunia lakonan boleh dipuji,” katanya.
Norman yang di cungkil bakatnya menerusi Pencarian Hero Remaja juga mengakui sikap kerja yang dimiliki Erra boleh dijadikan panduan buat pelakon baru lainnya.
“Ini antara satu sikap yang saya kagum mengenai Erra dan patut dijadikan contoh kepada pelakon lain juga,” katanya kepada MH.
Terdahulu, Norman menjadi tetamu bagi episod terbaru Media Hiburan Throwback yang dihoskan oleh Radin yang bakal bersiaran hari ini, jam 9 malam di saluran Astro Prima dan Prima HD.
Gelaran ‘Oppa Malay’ yang diberikan kepada penyanyi berusia 26 tahun ini ketika menyertai program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) tahun lalu membuka lebih banyak ruang dan peluang dalam kerjaya nyanyiannya.
Tidak hanya dari segi penampilan, Meer Nash turut memanfaatkan gelaran itu dengan mula berjinak-jinak dalam bidang penciptaan lagu apabila menghasilkan single berjudul SARANGHAE yang mengetengahkan muzik dan eleman K-Pop.
Bagi Meer Nash atau nama sebenarnya Muhamad Shahmeer Mohd Nashrul single berjudul Saranghae yang diterbitkan Universal Music Malaysia (UM) yang dilancarkan secara rasmi pada 18 Jun ini adalah percubaan dan pertaruhan pertamanya bergelar komposer dan penulis lirik secara serius.
“Saranghae adalah hasil karya saya sendiri. Kalau ikutkan lagu ini bukan lagu pertama saya. Sebelum ini saya pernah tulis beberapa lagu, tapi saya berasakan masih belum cukup bagus lagi untuk diketengahkan. Namun, apabila saya menulis lagu ini saya suka dan ia boleh dikomersialkan.”
“Alasan kenapa nak masukkn elemen dan frasa Korea kerana selepas ICYVMY orang mula panggil saya Oppa Malay. Jadi saya nak gunakan identiti yang diberikan itu. Berdasarkan penampilan saya, jadi keputusan masukkan eleman K-Pop dalam lagu ini sedikit sebanyak menjawab alasan ini.”
“Saya tulis melodi dulu yang memang ada bunyi muzik K-Pop, dari situ idea muncul untuk lirik dan keseluruhan lagu ini. Dari melodi pertama lagu ini, saya sudah tahu lirik apa yang sesuai. Saya mahu buat lagu ini macam lagu-lagu lama Justin Bieber yang memuja dan memujuk wanita,” katanya.
Walaupun muzik yang ingin dipersembahkan dalam lagu Saranghae sesuatu yang digemari, Meer Nash mengakui ia bukan semudah yang disangka apatah lagi ketika ingin menyiapkan lagu ini.
“Selepas habiskan bahagian korus, saya sangat suka. Tapi bahagian ‘verse’ yang saya tulis tak berapa suka. Jadi, saya jumpa seorang rakan juga pemuzik. Cuma dia tak pernah tulis lagu. Saya ajak dia tulis bahagian ini bersama-sama. Tak sampai sejam, kami dapat siapkan lagu ini.”
“Lirik lagu ini pada awalnya saya berasa kosong. Sebab ini pertama kali saya tulis lagu dan lirik. Saya ada bertanya pada kawan juga. Sebab dia pernah menyertai grup K-Pop jadi dia tahu cakap Korea. Saya tanya dan minta pendapat dia untuk muzik lagu ini. Dia ada idea tersendiri dan dia bantu saya. Selepas siapkan lagu ini, saya ada rujukan idea untuk gubahan muzik lagu.”
“Saya bertanya pula pada rakan lain sama ada dia kenal mana-mana penggubah muzik yang boleh realisasikan perkara ini. Saya jumpa penggubah muzik dan ada tambah elemen lain supaya ia lebih menarik. Saya kalau boleh tak nak K-Pop semata-mata. Jadi, bahagian korus ada eleman reggaeton. Saya nak sesuatu yang segar. Banyak kali juga tukar gubahan muzik sebelum dirakamkan,” katanya.
Dalam masa sama, Meer Nash berkongsi laguitu dirakamkan dua kali kerana tidak berpuas hati dengan hasil rakaman pertama.
“Masa nak pilih lagu untuk single baharu, pihak UM hantar banyak demo lagu. Semua ok, tapi tak kena jiwa saya. Saya nak yang ala-ala K-Pop sebab saya percaya dengan muzik ini. Itu sebab saya cuba hasilkan lagu Saranghae ini dan memang mahu kedepankan elemen ini.”
“Pertama kali rakam, saya suka ‘vibes’ sebab mudah nak lontarkan vokal. Dengar di studio okay, tapi dengar di rumah macam ‘plain’. Sedangkan ketika itu sudah siap ‘mastering’. Jadi, saya minta nak rakam semula dan janji akan lebih baik. Rakaman kedua barulah menjadi.”
“Jurutera bunyi yang terbabit pun tahu yang mana kekuatan mereka adalah buat lagu rancak macam ini. Jadi, mereka tanya saya bahagian mana nak tambah harmoni dan lain-lain. Saya kalau boleh nak orang ingat bahagian-bahagian dalam lagu ini.
“Dari awal saya buat melodi dan lirik, saya sudah dapat bayangkan susunan lagu ini macam mana. Saya sangat suka dan gembira dengan hasil lagu ini. Semua yang terbabit dalam lagu ini berjaya buat bahagian mereka,” katanya.
Selain tidak sabar menunggu reaksi daripada peminat menerusi lagu Saranghaeitu, Meer Nash juga teruja untuk beraksi menari dalam video muzik.
“Saya bukan penari profesional, tapi perkara ini yang buatkan saya nak buat dan belajar. Apabila menyertai pertandingan Chinese Bridge ke-16 di Changsha, China pada 2017, di sana ada yang boleh ajar menari dengan cepat. Saya pula jenis yang cepat tangkap.
“Cuma selepas balik ke Malaysia, saya tak menari dah. Saya sudah lupa semua. Tapi apabila masuk kelas menari yang disediakan oleh pihak UM, awal-awal saya sangat letakkan usaha untuk ingat langkah. Dari situ boleh majukan diri dan tak nampak janggal.”
“Diakui memang susah tapi lama-lama okay. Apabila buat penggambaran video muzik, saya berharap semuanya okay,” katanya.
Meer Nash turut menyasarkan kelompok peminat muzik K-Pop kerana yakin lagu Saranghae mudah diterima selain mesra telinga.
“Sasaran saya untuk lagu ini adalah peminat K-Pop. Sebab dalam negara kita ada ramai peminat K-Pop. Jadi, gelaran yang diberikan ini saya nak gunakan sebaiknya. Baik dari segi pakaian, mekap dan muzik itu sendiri. Jadi, itu hala tuju saya ketika ini.”
“Saya juga berharap masyarakat dan peminat muzik di Malaysia suka. Lagu ini sebenarnya mesra telinga apatah lagi melodi sangat mudah diingati. Ini lagu pertama yang saya tulis dan akhirnya dapat dilancarkan. Saya sangat teruja. Saya cabar diri untuk menghasilkan lagu ini.”
“Sebelum ini saya tak percaya pada diri yang boleh hasilkan lagu, tapi untuk kali ini saya cuba keluar dari zon itu dan berjaya buat. Tentu saja nak melihat sejauh mana maklum balas orang ramai terhadap karya ini. Orang suka atau tak. Keduanya, saya tidak pernah menari. Saya harap peminat suka walaupun akan ada kritikan. Apa pun saya harap semuanya berjalan lancar,” katanya.
Single berkenaan kini sudah tersedia di semua pelantar penstriman digital.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Juri tetap Gegar Vaganza 12 (GV12), Datuk Syafinaz Selamat menafikan dakwaan kononnya dia sengaja menyentuh isu peribadi ketika memberikan komen kepada penyanyi, Nubhan Ahamad yang membawakan lagu ‘Niat Hati Tak Nak Nerpisah’, malam tadi.