Categories: Uncategorized

“Kalau Menang Kau Juga Berparti, Show Off Phone Baru,”- Tidak Mahu Sasar Anugerah, Haqiem Rusli Disindir Siapa?

Share

Penyanyi, Haqiem Rusli menzahirkan rasa terima kasihnya kepada semua peminat yang telah mengundinya bagi Anugerah Bintang Paling Popular dan Anugerah Planet Muzik yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Bagaimanapun, penyanyi itu menyifatkan memenangi anugerah tersebut bukanlah sasaran utama baginya sebaliknya hanya mahu peminat menyokongnya dengan ikhlas.

Kenyataan tersebut telah dikongsikan oleh Haqiem menerusi sebuah tweet di akaun Twitter miliknya.

“I just wanna say thank you kepada semua yang mengundi saya dalam Abpbh, apm dan lain-lain. Thank you. ingat,kemenangan award bukan target saya,yang penting keikhlasan dari hati anda yg support,Ingat! terima kasih Sahabat,” tulisnya.

Namun, ada yang tidak senang dengan apa yang dikata penyanyi Jatuh Bagun ini. Ada yang anggap penyanyi tersebut seperti kurang menghargai usaha peminat yang telah bertungkus lumus mengundinya.

Dalam pada itu, diruangan komen, rata-rata peminat turut mendoakan kejayaan Haqim bagi kedua-dua anugerah tersebut.

Jadi apa kata korang?

Foto: Twitter Haqiem Rusli

IKLAN