Uncategorized

“Kalau Guna Tandas Kami, Sila Jadi OKU Dulu!,”- Ras Adiba Rayu Henti Perlekeh OKU

Share

Sekali lagi, personaliti TV, Ras Adiba Radzi menyuarakan dengan memuat naik gambar di akaun Instagramnya.

“Understand?!

 

Kawan-kawan yang dihormati.
Sila henti mempersendakan tandas OKU kami. Ianya tidak melucukan langsung!

 

Kalau betul anda nak menggunakan tandas kami, sila jadi OKU dulu.

 

Sehingga waktu itu sila blah!
Ada faham?!,” tulisnya.

Rata-rata netizen turut berasa kesal dengan tindakan beberapa individu yang memperlekeh penggunaan tandas OKU dan memberi pendapat masing-masing di ruangan komen.

Terdahulu, Ras telah membuat surat terbuka kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh apabila beliau menyarankan komuniti transgender menggunakan tandas OKU buat sementara waktu sebelum mereka diterima sepenuhnya oleh masyarakat.

Sebelum ini, aksi Faiz Roslan yang memuat naik video menggunakan tandas sama mendapat kritikan hebat netizen.

Foto : Instagram Ras Adiba

IKLAN