Penyanyi Jaclyn Victor menjelaskan dia kini bahagia bersama anak-anak dan tidak mahu mengulas lanjut butir perceraiannya bersama vokalis kumpulan R&B antarabangsa, AZ Yet iaitu Shawn Rivera.
Ulasnya, ikatan mereka sudah tamat dan tiada apa yang perlu dijelaskan lagi.
Terdahulu, Shawn mendedahkan kepada umum menerusi akaun Facebook miliknya bahawa rumah tangganya sudah terlerai selepas lima tahun berkahwin.
“Kehidupan saya berjalan seperti biasa dan saya sibuk dengan persembahan dan anak-anak. Kepada peminat yang risaukan saya dan tertanya-tanya akan keadaan saya sekarang, jangan bimbang, saya baik-baik sahaja. Saya sangat gembira dan anak-anak ada bersama. Saya tidak akan meminta lebih lagi.
“Saya tiada komen mengenai isu perceraian. Ia sudah tamat dan tidak perlu diulas.
Ads
“Saya senyap dan bukan mahu mengeruhkan keadaan. Kalau dia (suami) tidak dedahkan kepada umum pun, saya memang tidak akan beritahu kepada semua.
“Saya memang seorang yang amat menjaga privasi dan tidak suka menjaja kisah sendiri. Oleh kerana dia sudah membuka cerita, jadi tidak perlulah saya ceritakan apa-apa lagi. Lebih baik saya diam,” jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran kasut New Balance 850 di Slate @ The Row, Kuala Lumpur, Selasa.
Bukan sengaja mahu merahsiakan, namun ia sangat personal dan dia memerlukan ruang bersama anak-anak yang masih kecil. Jelas penyanyi bersuara lantang ini lagi, dia tidak menghalang Shawn berjumpa anak-anak.
Ads
“Bukan saya mahu rahsiakan, namun ia perkara personal yang berkait dengan keluarga dan anak-anak. Saya tidak mahu bercerita kepada orang lain. Anak-anak saya pun masih kecil dan akan membesar nanti, saya tidak perlu cerita apa-apa. Asalkan saya tahu anak-anak dan keluarga okay, semuanya baik-baik sahaja.
“Anak-anak okay sahaja, walaupun mereka perlukan ‘father figure’ dalam hidup, adik dan kawan-kawan saya sentiasa ada untuk menyokong kami.
“Benda kalau nak jadi, ia akan jadi, jadi saya tidak menyesal. Jika saya tidak berkahwin, anak-anak tidak akan lahir.
Ads
“Dia bapa kepada mereka, jadi tiada masalah jika dia mahu datang melawat dan luangkan masa. Mengapa saya mahu halang. Jika dia mahu, datanglah ke Malaysia, saya tidak akan bawa mereka ke mana-mana.
“Saya tidak kisah jika dia mahu bercerita mengenai perceraian kami kerana ia sudah tamat. Saya hanya peminat tahu saya okay dan tiada apa lagi yang perlu diulas,” katanya lagi.
Shawn dan Jac mendirikan rumah tangga di sebuah gereja di Philadelphia pada 19 Julai 2014 dan dikurniakan dua orang anak, Jonah Joshiah Rivera, 5, dan Molly Marguerite Rivera, 3.
Dalam perkembangan lain, New Balance bakal melancarkan koleksi terbaru stail 90-an untuk generasi masa kini. Rekaan 850 ini bakal berada di pasaran bermula 15 Februari depan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berkongsi foto kenangan bersama sahabat baik, Harun Salim Bachik, Datuk Afdlin Shauki menjelaskan, biar pelawak baru datang silih berganti, namun legasi Harun Salim Bachik tetap bersemadi dalam dunia komedi.
Kongsinya, zaman dahulu masyakat tidak mengiktiraf golongan pelawak jika dibandingkan dengan masa kini, namun merekalah pemangkin utama dalam mempelopori dunia hiburan ini.
“Al fatihah buat mu sahabat. Budak baru mungkin lupa, tapi aku takkan lupa pengorbananmu utk adik adik kita dalam dunia komedi ini. Zaman kita dulu orang tak berapa pandang pelawak ni.
“Sekadar selingan aja kita tapi oleh kerana orang macam Arwah Harun Salim Bachik, Arwah Din Beramboi, Arwah Mr OS dan ramai lagi pelawak generasi sebelum ni.
“Adik adik pelawak kita hidup dalam dunia yg berbeza di mana kerja menghiburkan hati orang dgn lawak jenaka ini boleh mengubah nasib mereka dan keluarga sehingga menjadi seseorang yg di hormati.
“Al-fatihah buat semua pelawak-pelawak yg sudah pergi kerana sumbangan mereka. #buatbaikramaiorgsayang,” kongsinya.
A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on
Netizen menitipkan kata-kata semangat buat pengarah dan pelakon popular itu yang telah banyak membantu kerjaya pelawak seperti kumpulan Bocey sebelum ini.
Terdahulu, berita pemergiaan pelawak, Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Al-Jeffrey Syed Mohd Ridzuan Al-Juffrey awal pagi semalam nyata mengejutkan ramai pencinta seni.
Foto : Instagram Afdlin Shauki
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Akur akan takdir, meski telah memberikan persembahan terbaik setiap minggu dan mendapat pujian juri, namun Raja Syahiran sering ‘tewas’ pada undian online.
Tidak menafikan kemunculannya sebagai peserta terakhir menyebabkan penonton tidak dapat menilai mutu tarian dan undian terus ditutup sejurus tamatpersembahan, namun dia tetap reda.
“Undian bukan hanya daripada peminat namun terbuka kepada semua yang menonton Dansa Dan Sing.
“Kami tidak suka mendesak mereka untuk mengundi, jika kami berhak, mereka tetap akan undi. Kami tidak boleh paksa mereka sukakan persembahan kami.
“Mungkin faktor kami selalu membuat persembahan terakhir dan undian terus ditutup sejurus selesai persembahan menyebabkan markah undian online kurang memberansangkan.
“Namun kami tidak menyalahkan mana-mana pihak lebih-lebih lagi pihak produksi, mengikut pemahaman, persembahan kami memerlukan persiapan dan set up yang besar, jadi lebih senang jika menjadi peserta terakhir.
“Kami berpuas hati dan mereka ada sebab mengapa letakkan kami sebagai peserta terakhir,” jelasnya kepada MH.
Rancangan Dansa Dan Sing telah dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Hady Mirza.
Sementara guru tari, Linda Jasmine dan pereka fesyen, Datuk Rizalman Ibrahim telah diberi kepercayaan sebagai juri tetap.
Konsert minggu ini yang bertemakan ‘Trademark, pelakon dan penyanyi Mark Adam diundang selaku juri jemputan.
Program realiti tarian ini ditayangkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104), Ria HD (123).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengurus kepada pelakon Ashraf Sinclair, Daysz Erlangga mengesahkan pelakon asal Malaysia itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.51 pagi ini di Hospital MMC, Jakarta, Indonesia.
Perkara itu dikongsikan menerusi dua pautan status menerusi Insta Stories, beberapa jam lalu.
Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.
Ashraf berkahwin dengan isterinya, penyanyi dan pelakon Bunga Citra Lestari pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta.
Ashraf meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki berusia 10 tahun, Noah Aidan Sinclair.
Foto: Instagram Ashraf Sinclair, Daysz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...