Uncategorized

“Kalau Buah Dada Kecil Pakai Je Baju Kurung Cotton,”- Sharifah Amani Jadi Mangsa Body Shaming?

Share

Pelakon Sharifah Amani meluahkan rasa terkilan selepas ada individu yang mempersenda saiz badannya yang kecil gara-gara sering memakai baju kurung dan bukannya baju kebaya.

Luahan rasa kesal tersebut dikongsikan pelakon Sepet ini di laman Twitter miliknya.

“I disagree wholeheartedly. For years people make fun of me for being skinny and it hurts. And now you are one of them.

 

“Be kind. We can and should wear what we want. Please do not use my name or Orked’s name if you wish to spread negative vibes. Terima kasih. Salam Merdeka,” tulisnya.

Jelas Amani, sudah bertahun lamanya dia sering diejek kerana berbadan kurus dan kini perkara yang menyakitkan itu berulang kembali.

Disamping itu, Amani atau lebih mesra disapa Orked memberi tahu, orang ramai sepatutnya harus berfikiran terbuka untuk memakai apa sahaja jenis pakaian tanpa mengira bentuk badan.

Tambah Amani, dia meminta supaya orang ramai berhenti untuk menggunakan namanya bagi menyebarkan perkara negatif.

Foto: Twitter

IKLAN