Hubungan antara pelakon Anna Jobling dan ibunya, Ariz Arop, difahamkan pernah melalui detik tegang apabila Ariz mendakwa, dia pernah menerima perintah injunksi pada Disember tahun lalu apabila dia hanya dibenarkan jumpa anaknya dalam jarak 100 meter.

Ariz mengakui, dia kecewa dan terkilan dengan tindakan anak kandungnya sendiri, Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling, 25, yang sanggup memperlakukannya sebegitu.

Menurutnya, hasil perbincangan antara peguam kedua-dua pihak, injunksi itu akhirnya dibatalkan, namun dia masih perlu mematuhi beberapa syarat tertentu.

“Saya pernah dapat perintah mahkamah pada tahun lalu. Tapi perkara itu sudah selesai cuma ada beberapa perintah.

“Peguam saya dan peguam dia ada berbincang dan injunksi itu terbatal cuma ada beberapa perintah yang saya tidak boleh langgar.

“Dia minta injunksi supaya saya tidak berjumpa dengannya dalam jarak 100 meter. Dia buat saya sampai macam itu,” katanya, petik mStar.

Ads

Tambah Ariz, dia sebenarnya tidak berniat mendedahkan apa yang berlaku, namun insiden yang berlaku pada malam Ahad lalu membuatkan dirinya hilang sabar.

Jelasnya, perintah injunksi itu sebelum ini didakwa berpunca daripada kelakuan kasar terhadap pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu.

“Saya kalau boleh nak tutup cerita anak sendiri tetapi kejadian semalam (Ahad) betapa dia bongkak. Kita bergaduh dalam kereta saja tidaklah sampai bertarik rambut.

Ads

“Sebelum ini dia hantar injunksi sebab dia tak tahan kena pukul. Katanya mentalnya diseksa. Saya hanya mahu mengajar anak. Tapi dalam injunksi kononnya kena mental torture,” katanya.

“Kalau Boleh Nak Tutup Cerita Anak Sendiri…,” – Ibu Dakwa Anna Jobling Pernah Hantar Injuksi, Hanya Boleh Jumpa Dalam Jarak 100 Meter “Kalau Boleh Nak Tutup Cerita Anak Sendiri…,” – Ibu Dakwa Anna Jobling Pernah Hantar Injuksi, Hanya Boleh Jumpa Dalam Jarak 100 Meter

Larangan Campur Urusan Kerja?

Antara lain, Ariz juga mendakwa dia kini tidak lagi dibenarkan untuk mencampuri urusan kerja Anna, termasuk termasuk memilih tawaran pekerjaan yang diterima. 

Ads

“Saya juga tidak boleh mencampuri urusan kerja Anna. Sebelum ini saya banyak campur dalam memilih tawaran kerja.

“Saya tak mahu Anna penat bekerja. Kadang Anna tu penat kerja sampai tak ada rehat. Katanya dia memang suka bekerja.

“Pada akhirnya, saya tetap ibu yang melahirkan, menyusukan dan membesarkan dia. Saya kenal anak sendiri,” katanya lagi.

Terdahulu, Ariz memuat naik fotonya di balai polis, sekali gus mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen sejurus perkata itu tular di media sosial.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads