Uncategorized

Lufya Kongsi Tips Surutkan Bengkak Ketika Hamil

Share

Seperti semua sudah sedia maklum pelakon wanita, Lufya kini sedah hamil anak pertamanya dan kini sudah terlihat baby bumpnya semakin membesar.

Sudah menjadi kebiasaan bagi wanita yang sedang hamil pasti akan mengalami bengkak-bengkak pada bahagian kaki dan tangan.

Lufya di akaun Instagramnya baru-baru ini ada berkongsi tips bagaimana untuk menyurutkan bengkak yang di alami oleh ibu-ibu yang sedang hamil.

1. Lumurkan asam jawa+ garam pada kaki dan tangan yang bengkak, (baru mengalaminya sebentar tadi selepas 30minit- 1jam alhamdulillah kaki bengkak surut)

 

2. Posisikan kaki lebih tinggi dari dada. Hal ini dapat membantu mengurangi gejala kaki bengkak, karena mempermudah aliran balik darah dari tungkai kembali ke jantung. contohnya seperti gambar ke-2

 

3. Kurangkan pengambilan garam dalam makanan. Kaki bengkak terjadi karena ketika hamil seorang wanita mengalami perubahan kadar hormon. Pelepasan hormon-hormon selama masa kehamilan dapat memicu tubuh menahan lebih banyak cairan dan sodium (garam). Tekanan dari pertumbuhan janin serta peningkatan volume darah selama masa kehamilan juga dapat menimbulkan edema.

 

4. Mintak suami picit kaki selama 20min sblm tidoq?. Tips paling best?
Kepada anda yang sedang hamil dan mengalami masalah bengkak-bengkak ini bolehlah mencuba tips yang diberikan oleh Lufya ini. Mana tahu dengan mencuba tips ini bengkak-bengkak yang dialami itu surut.

Jangan lupa tips nombor empat tu ye. Minta suami anda untuk picit kaki anda dan pasti anda akan berasa lebih selesa apabila bengkak surut dan tidur anda pun lena.

Sumber: Instagram Lufya

IKLAN