Penyanyi dan pelakon, Kaka Azraff berkongsi keterujaannya dapat bertemu serta bekerjasama dengan seleberiti Korea Selatan baru-baru ini.

Terpilih sebagai hos Get It Beauty On The Road Malaysia Edition, Kaka dapat bertemu empat mata dengan original ‘host’ dari Korea Selatan iaitu Kim Jung-min, Min (Bekas kumpulan Miss A) dan Kim Ki-soo.

“Saya sangat seronok bila pihak produksi memilih saya untuk ‘co-host’ rancangan ini, tambahan pula bila berjumpa mereka, semuanya sekepala membuatkan penggambaran menjadi lebih mudah.

 

“Sambil itu, mereka juga banyak memberi tips-tips kecantikan kepada saya terutama dari segi muka dan juga fitness,” katanya kepada MH.

Kaka Azraff Jumpa Bintang Korea, Terus Kongsi Tips Kecantikan Sebab…

IKLAN

Kaka berkata demikian ketika ditemui di IN Festival: Influencers 2018 di KLCC pada Sabtu.

Tambahnya lagi, Kaka juga turut berkongsi dua tips penting penjagaan wajah yang dipelajarinya.

IKLAN

“Pertama selalu urut wajah terutama di bahagian rahang, orang Korea sangat pentingkan urutan sebab ia akan membuatkan muka kurang berkedut.

 

“Kedua, pentingnya meletakkan minyak di muka. Cari minyak yang sesuai untuk kulit muka dan amalkan setiap hari.

 

“Mungkin ada yang takut letak minyak sebab keadaan cuaca di Malaysia yang panas dan lembab tapi sebenarnya muka perlukan minyak untuk elakkan naik jerawat dan sebagainya,” katanya lagi.

Kaka Azraff Jumpa Bintang Korea, Terus Kongsi Tips Kecantikan Sebab…

IKLAN

Sementara itu, MH difahamkan bahawa Kaka juga merupakan peminat kepada Min.

“Bila dapat jumpa dia depan-depan memang rasa sangat excited, lepas tu dapat tahu kitorang sekepala, ‘taste’ muzik pun sama.

 

“Memang best sangat. Sekarang pun Kaka dengar Min sedang sibuk dengan persiapan solonya.

 

“Kaka adalah bagi dengar muzik Kaka pada dia dan dia sukakannya. Tak mahulah berharap tapi kalau dapat berkolaborasi, teringin juga,” katanya lagi.

Foto/Instagram: Kaka Azraff

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI