Berkongsi foto mahkamah disertai kapsyen “With the words Ya Rab, I can battle anything,” di Insta Story, ruangan komen Noor Nabila dihujani persoalan netizen yang mahukan pengesahan status perkahwinannya dengan pelakon Sharnaaz Ahmad.
“Kak pls jgn bercerai😭 ingat la masa korg nak bersatu kerana Allah😭jgn lah bercerai please. Tlg la ingat waktu korg tengah bahagia dulu..masa korg nk sgt di satu kan menjadi yg sah😭buang la segala kepahitan dan ego please😭😭😭tolong jgn bercerai pleaseee,” tulis netizen di ruang komen.
Ads
Sharnaaz juga memuat naik kata-kata ‘sabar’ di ruang Insta Story yang turut menimbulkan keraguan seakan-akan mengesahkan sesuatu bakal berlaku.
Ads
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata berusia lapan bulan, Jebat Jayden.
Ads
Terdahulu, Nabila dan Sharnaaz juga dikatakan tidak lagi saling mengikuti muat naik antara satu sama lain di media sosial, namun berbaik semula apabila kedua-duanya mula berkongsi foto keluarga.
Foto : Instagram Noor Nabila & Sharnaaz Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bapa kepada penyanyi, Ezad Lazim iaitu Mohamad Lazim Ismail telah menghembuskan nafas terakhir pada Selasa lalu akibat jangkitan kuman di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
Sementara itu, Ezad kini menarik nafas lega apabila proses pengebumian berjalan lancar dengan bantuan ahli keluarga dan jiran tetangga.
Malah, penyanyi lagu Jesnita ini juga berterima kasih kepada mereka yang telah mendoakan kesejahteraan untuk arwah bapanya.
“Assalamualaikum. Selesai sudah segala urusan pengebumian arwah ABAH LAZIM di Tanah Perkuburan Islam Taman UDA, Alor Setar.
“Terima kasih kepada sahabat2, kenalan2, saudara mara yg mengucapkan salam takziah kepada kami sekeluarga dan mendoakan kesejahteraan untuk roh ABAH.
“Terima kasih kepada semua yang sudi datang dari jauh dekat untuk ziarah arwah ABAH walaupun kekangan kerja dan sebagainya.
“Terima kasih jugak kepada jiran2 yg membantu memudahkan segala urusan famili kami,” tulisnya.
Pada masa sama, Ezad turut mewakili arwah bapa, memohon maaf bagi pihaknya andai ada salah silap.
“Akhir kata, sebagai anak kepada Allahyarham MOHAMAD LAZIM BIN ISMAIL kami memohon jutaan maaf bagi pihak arwah ABAH jika ada salah silap selama arwah hidup.
“Sekiranya arwah ABAH ada berhutang, terhutang, atau hutang2 yang tuan puan belum tuntut dari arwah, boleh berhubung terus dgn kami adik beradik. Halalkan makan minum ABAH kepada yang mengenali beliau.
“Teruskan berDOA untuk arwah ABAH LAZIM dan orang2 yang telah meninggalkan kita pergi menghadap ILAHI selamanya. Terima kasih,” tulis Ezad sambil disertakan foto pusara arwah bapanya.
Terdahulu, Allahyarham meninggal dunia jam 7:25 malam pada Selasa lalu dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman UDA, Alor Setar awal pagi tadi.
Ezad sebelum ini berkongsi berita sedih itu menerusi akaun Instagramnya dan menerima ucapan takziah, termasuk daripada rakan artis.
Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya