Uncategorized

Kak Lina Pom Pom Kini Jadi Usahawan Bengkung, Kelas Kau!

Share

Terpanggil untuk memberi kesedaran kepada para wanita supaya tampil lebih kemas dengan bentuk badan ideal, penyanyi Elly Mazlein kini melancarkan jenama bengkung, Bengkung Poms by Elly Mazlein.

Bisnes bengkung yang diusahakan sejak beberapa bulan lalu itu kini mendapat perhatian menggalakkan daripada para peminatnya.

Ketika dihubungi MH, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan ini memberitahu, sebelum membuat keputusan untuk mengeluarkan bengkung, dia terlebih dahulu mengambil dan mencubanya demi memastikan keselesaan buat pembeli.

“Sebelum buat keputusan nak jual, saya cuba dulu lebih sebulan. Lalu apabila berpuas hati barulah saya berani untuk kembangkan bisnes ini. Bengkung saya tidak mudah longgar, tak mudah kembang dan paling penting, gancunya juga tidak mudah tercabut.

 

“Sebab kita kalau nak jual barang tu biarlah ikhlas. Jadi saya cuba terlebih dulu sebab nanti seronok bila pembeli keluarkan duit untuk beli bengkung ini dan puas hati dengan hasilnya, itu yang saya mahu,” kata Elly.

Pada masa sama, dua turut mengakui persaingan yang perlu dihadapi memang banyak tetapi dia percaya pada rezeki.

“Saya percaya kepada rezeki. Pasaran buat produk sedemikian memanglah banyak, tinggal lagi kualiti yang membezakan. Macam saya memang hanya pakai bengkung ini dan alhamdulillah, saya puas hati dengan efeknya dan kalau boleh saya pun nak tengok semua wanita tampil lebih cantik dan tampak kemas.

 

“Malah buat ibu-ibu bersalin, lepas pantang pun boleh pakai bengkung ini.Kena kembali nampak cantik macam anak dara balik, dik” selorohnya. 

Foto: Instagram Elly Mazlein

 

IKLAN