Usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM, akui setakat ini dia tidak meletakkan harapan besar kepada anak-anak untuk meneruskan legasi bisnes yang diusahakan bersama keluarga.

Menurutnya sebagai seorang ibu, dia lebih selesa membiarkan anak-anak memilih laluan hidup mengikut minat dan kecenderungan masing-masing.

Lebih-lebih lagi ada di antara mereka masih lagi dalam fasa menuntut ilmu.

“Belum masanya lagi sebab saya sendiri tidak mahu memaksa mereka. Macam Nabila sudah ada kerjaya sendiri. Faris pula masih lagi belajar.

“Saya tak mahu kacau. Biarlah dia belajar terlebih dahulu. Apa pun saya percaya setiap ibu bapa ada perancangan dan pendapat masing-masing.

“Siapa yang tak mahu beri yang terbaik untuk anak-anak? Cuma macam anak-anak saya, setakat ini kalau halakan kamera, mesti malu-malu tutup muka lagi.

Ads

“Kalau minat berniaga nanti, jom kita sama-sama. Kalau sebaliknya, saya sokong saja apa yang terbaik untuk mereka,” katanya.

Kak KM Pesan Pada Nabila Jangan Lupa Solat! Tak Paksa Anak Sambung Legasi Bisnes – “Setiap Ibu Bapa Ada Perancangan…” Kak KM Pesan Pada Nabila Jangan Lupa Solat! Tak Paksa Anak Sambung Legasi Bisnes – “Setiap Ibu Bapa Ada Perancangan…”

Berpisah Demi Tanggungjawab, Doa Ibu Tak Pernah Putus

Dalam pada itu, Kak KM turut meluahkan rasa syukur dan bangga atas pencapaian anak sulungnya, Nabila Razman, yang kini diterima bekerja sebagai kru penerbangan.

Namun di sebalik kebanggaan itu, terselit rasa berat hati untuk berpisah dalam tempoh yang panjang.

Ads

“Alhamdulillah, bagi saya itu memang rezeki dia. Cuma jauh di sudut hati saya tak rela lagi anak pergi (berjauhan) tapi tidak mengapalah demi tanggungjawab dan tugas.

“Belum sedia untuk kami berpisah sebab kontrak kerjanya lama iaitu lima tahun. Mahu tak mahu, kena teruskan juga.

“Cuma sebagai ibu apa yang boleh saya harapkan ialah supaya dia tahu jaga diri, itu paling penting. Bila kita jauh itulah sajalah yang boleh kita pesan.

Ads

“Solat jangan lupa sebab dia jauh dengan saya. Kalau jadi apa-apa kita minta doa kepadaNya. Hari-hari kena dirikan solat. Itu pesan saya pada anak,” katanya.

Saling mengikuti perkembangan bersama Nabila melalui media sosial, anak kepada pelakon legenda Normah Damanhuri ini turut mendoakan yang terbaik bukan sahaja buat Nabila, tetapi terhadap anak-anaknya yang lain.

“Allah SWT sudah aturkan, jadi kita lalui sajalah dengan sebaiknya, insya-Allah,” katanya lagi.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI