Ratu Bollywood, Kajol Ajay Devgan tidak menolak tawaran untuk berlakon dalam filem Malaysia jika skripnya baik dan menarik.

Aktres filem Dilwale berusia 43 tahun itu berkata dia sangat mementingkan skrip sesebuah filem yang ingin dibintanginya.

“Skrip saya adalah hero saya dan itulah yang lebih penting. Sudan tentu ya saya mahu berlakon, jika ada peluang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan teaser filem baharu lakonannya Velai Illa Pattadhari 2 (VIP2) versi Hindi di Jalan Masjid India malam tadi.

Setelah 20 tahun tidak berlakon dalam filem Tamil, bintang sensasi Bollywood itu kini muncul kembali bersama hero filem, Dhanush Kasthuri Raja dan pengarahnya R.Soundarya yang merupakan anak kepada super star filem Tamil, Rajinikanth.

Kajol turut melahirkan rasa terharunya dengan sambutan yang diberikan oleh kira-kira 2,000 peminatnya yang membanjiri kawasan itu untuk bertemu dengannya dan barisan pelakon filem tersebut.

Dhanush yang terkedu seketika apabila melihat sambutan peminat Malaysia turut meluahkan perasaan gembira dan yakin filem VIP 2 itu akan pecah panggung.

IKLAN

Pengarah Urusan Malik Streams Corporation, Abdul Malik yang juga penerbit bersama filem lakonan Rajinikanth bertajuk ‘Kabali’ turut berhasrat untuk membawa lebih banyak filem Tamil dan Hindi ke Malaysia bagi tujuan penggambaran.

“Inisiatif ini secara tidak langsung dapat menambah pendapatan negara melalui aliran mata wang dari negara luar,” katanya.

VIP2 merupakan sekuel daripada filem pertama yang disiarkan pada 2014 yang akan ditayangkan di layar perak dalam tiga bahasa iaitu Tamil, Hindi dan Telegu pada Ogos ini.

Kajol Minat Berlakon Filem Malaysia

IKLAN

Kajol Minat Berlakon Filem Malaysia

Kajol Minat Berlakon Filem Malaysia

IKLAN

Sumber : BERNAMA

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI