Pelakon popular Bollywood, Kajol mencetuskan kontroversi apabila menunjukkan rasa kurang senang terhadap permintaan seorang wartawan untuk bercakap dalam bahasa Hindi sewaktu menghadiri acara Anugerah Filem Negeri Maharashtra 2025 di Mumbai, baru-baru ini.
Dalam satu klip video yang kini tular di media sosial, bintang filem Dilwale Dulhania Le Jayenge itu dilihat menjawab soalan media dalam bahasa Marathi dan Inggeris.
Namun, apabila diminta oleh seorang wartawan supaya mengulang jawapan dalam bahasa Hindi, Kajol secara spontan membalas dengan nada tegas seperti kurang senang dengan soalan tersebut.
Ads
“Haruskah saya bercakap dalam Hindi sekarang? Siapa yang nak faham, dia akan faham sendiri,” ujarnya membalas permintaan wartawan itu.
Reaksi pelakon berkenaan telah mencetuskan pelbagai pandangan daripada netizen, termasuk kritikan yang menyifatkan tindakan Kajol sebagai angkuh dan tidak sensitif terhadap penonton Hindi yang menjadi majoriti dalam industri Bollywood.
Namun begitu, ada juga yang tampil mempertahankan dan memuji Kajol kerana mempertahankan penggunaan bahasa Marathi sebagai bahasa rasmi negeri tersebut, khususnya dalam sebuah majlis anugerah peringkat negeri yang mana bahasa ibunda negeri tersebut adalah bahasa Marathi.
Ads
Kajol, yang kini berusia 50 tahun, belum mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut berhubung insiden berkenaan setakat ini.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Semangat meraikan bulan kemerdekaan tahun ini dijangka lebih ‘hebat’ daripada biasa apabila Hello Inilah KITA Showcase bakal menguasai Pavilion Kuala Lumpur pada 7 Ogos 2025, jam 7.45 malam.
Bukan sekadar persembahan biasa, sebaliknya ia adalah sambutan penuh semangat patriotik yang menyatukan legenda, bintang versatil dan bakat baharu dalam satu malam yang sarat dengan hiburan berkualiti!
Lebih menarik, gabungan artis yang dipilih untuk malam istimewa ini ibarat sebuah time machine muzik Malaysia, daripada legenda rock yang membesarkan generasi 80-an dan 90-an, hinggalah ke bintang baharu yang mencipta trend dalam dunia muzik hari ini.
Energi yang dibawa mereka bukan sahaja menjanjikan persembahan menghiburkan, tetapi juga mencerminkan keharmonian dan kepelbagaian muzik tanah air yang menjadi sebahagian daripada identiti kita sebagai rakyat Malaysia.
Nama pertama yang pastinya akan mencuri perhatian ialah Ella, Ratu Rock negara yang tidak pernah pudar auranya. Setiap kali Ella naik pentas, aura rock diva itu terus hidup dari vokal yang mantap, gaya pentas yang penuh karisma, hinggalah ke deretan lagu evergreen yang sudah menjadi sebahagian daripada sejarah muzik Malaysia.
Kehadiran Ella dijangka menjadi pembuka tirai paling kick untuk memacu adrenalin penonton dari saat pertama muzik berbunyi dan terus memacu getaran kemeriahan yag paling hebat.
Turut membawa warna tersendiri kepada showcase ini ialah Mimi Fly, si queen of energy yang terkenal dengan vokal padu dan persembahan penuh attitude yang pastinya bakal mengusai pentas dengan hebat
Bekas anggota One Nation Emcees ini bukan sekadar menyanyi, bahkan memiliki karisma yang membuatkan penonton tidak mampu mengalihkan pandangan. Setiap persembahan Mimi Fly ibarat suntikan adrenalin yang memastikan crowd sentiasa terhibur.
Dari generasi baharu pula, kemunculan Alpha pasti dinantikan. Kumpulan yang semakin mencuri perhatian ini dikenali dengan lagu-lagu catchy seperti Monalisa dan P.Ramlee Saloma yang kini menjadi siulan ramai.
Persona segar mereka sebagai jejaka masa kini yang dekat dengan jiwa anak muda menjadikan Alpha antara tarikan utama malam itu, membawa nafas baharu ke dalam acara penuh patriotik ini.
Menambah variasi dan vibe urban, Lucidrari bakal membawa sentuhan hip hop yang unik. Rapper muda ini dikenali dengan flow yang padu dan lirik yang penuh karakter, pasti menjadikan persembahannya antara yang paling standout di malam tersebut.
Dengan gaya yang autentik, Lucidrari dijangka menghubungkan dunia seni moden dengan semangat kebangsaan yang diraikan.
Selain empat nama hebat ini, pentas malam itu turut akan digegarkan oleh SonaOne, Wani Kayrie dan Geraldine Gan. Lebih istimewa, Astro turut mempersembahkan mural digital khas di Skrin Pavilion sebagai sebahagian daripada kempen Inilah Kita, Sehati Bersama, membawa elemen seni visual yang mengiringi semangat perayaan kemerdekaan.
Dikendalikan oleh dua personaliti popular, Daniel Cheang dan Ily Ruzanna, acara ini menjanjikan sebuah malam yang sarat dengan hiburan, emosi dan rasa bangga menjadi rakyat Malaysia. Jadi, bersedialah untuk menyanyi, menari dan meraikan semangat kemerdekaan bersama-sama.
Inilah suara kita. Inilah KITA.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon popular, Anna Jobling merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-25, hari ini.
Menurut Anna, setiap ucapan yang diterima amat bermakna buat dirinya dan dia telah membaca kesemuanya.
“Terima kasih banyak kepada kalian yang menghantarkan ucapan hari lahir yang sangat istimewa buat saya. Saya baca semuanya.
“Ketahuilah, setiap mesej-mesej tersebut sangat bermakna buat saya,” tulisnya.
Perkongsian itu dimuat naik oleh pelakon drama Melur Untuk Firdaus tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram pada Khamis.
Dalam hantaran sama, Anna turut menitipkan ucapan terima kasih yang penuh kasih buat ibu tersayang, Ariz Arop, atas segala pengorbanan yang telah dicurahkan selama ini.
“Terima kasih juga buat mama yang sudah melahirkan dan membesarkan adik. Adik doakan semoga mama sentiasa diberkati dan dilindungi Allah,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Anna turut meluahkan rasa syukur atas sokongan orang sekeliling dan berharap para peminat terus bersamanya meskipun sedang berdepan cabaran dalam hidup.
“Saya sangat bersyukur dengan orang-orang yang ada di sekeliling saya. Doakan yang terbaik buat saya. Saya kini bakal memasuki satu lagi lembarah baru dalam hidup,” ujarnya lagi.
Sejak beberapa hari lalu, hubungan Anna dan ibunya menjadi tumpuan umum apabila didakwa berada dalam keadaan tegang susulan beberapa isu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Fenomena alt-pop global, Sombr, mengumumkan pelancaran album debutnya berjudul I Barely Know Her yang dijadualkan pada 22 Ogos menerusi Warner Records.
Album ini dijangka melonjakkan nama penyanyi berusia 20 tahun itu ke status ‘superstardom’, susulan kejayaan besar sepanjang 2025 dengan rekod carta yang memecah pelbagai pencapaian artis baharu, selain siri jelajah konsert utama dan arena yang habis terjual di seluruh dunia.
Uniknya, I Barely Know Her ditulis sepenuhnya oleh sombr sendiri dan diterbitkan bersama penerbit legenda Tony Berg (Phoebe Bridgers, Boy Genius, The Replacements, Aimee Mann, Michael Penn).
Album ini juga akan diluncurkan sebelum konsert jelajah Amerika Utara sombr bermula dan kini boleh dipra-simpan di semua pelantar penstriman utama.
Pada usia 19 tahun, sombr atau nama sebenarnya Shane, mula mencipta fenomena dengan single debut Caroline, yang mencatat lebih sejuta strim pada minggu pertama pelancaran.
Kini, ia melepasi 38 juta strim di Spotify. Lagu-lagu lain seperti Willow, Would’ve Been You (45 juta strim) dan Do I Ever Cross Your Mind (13 juta strim) turut mendapat sambutan hangat, menjadikannya antara artis muda paling menyerlah.
Perjalanan karier sombr semakin kukuh apabila disenaraikan dalam Billboard 21 Under 21 pada 2025, mengiktiraf pengaruh besarnya dalam membentuk masa depan muzik global.
Malah, dia turut tercalon di MTV Video Music Awards 2025 bagi kategori Artis Baharu Terbaik dan Video Alternatif Terbaik, mengukuhkan statusnya sebagai bintang alt-pop yang sedang meningkat.
Single terbaharu, 12 to 12, menjadi kegemaran peminat dan melonjakkan jumlah pendengar bulanan di Spotify kepada lebih 3.6 juta.
“Rasa seronok bila dengar suara sendiri semakin berkembang. Belajar nyanyian klasik mengajar saya cara mendapatkan apa jua bunyi yang saya mahukan.
“Dan dapat berhubung dengan orang lain menggunakan alat magis ini adalah sesuatu yang mendorong dan memberi saya semangat.
“Saya menghasilkan seni yang saya rasa magis, dan ia akan menemui jalannya tidak kira apa pun. Saya benar-benar mencintai seni dan selagi saya dapat menggunakan apa sahaja yang ada dalam diri saya untuk mencipta sesuatu yang memberi inspirasi kepada lebih ramai orang, saya gembira… atau sekurang-kurangnya tidak terlalu ‘somber’,” katanya.
Untuk rekod, sombr baru sahaja menamatkan Jelajah Amerika Utara 2024 dengan persembahan habis jual di bandar utama seperti New York, Los Angeles, Atlanta dan Toronto. Persembahan penutup di lokasi ikonik The Troubadour di Los Angeles turut dipuji media muzik kerana persembahan yang bertenaga dan memukau.
Graduan LaGuardia High School di New York ini mempelajari muzik klasik sambil membangunkan material sendiri, menggabungkan elemen indie, alt-pop dan penceritaan emosi. Dengan pengiktirafan antarabangsa, pencalonan anugerah besar, serta kejayaan jelajah, sombr kini semakin kukuh sebagai salah seorang artis muda paling menjanjikan generasinya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aktres Maya Karin tampil mempertahankan rekaan kostum-kostum duyung yang digunakan dalam filem terbaharu Duyung: Legenda Aurora, susulan kritikan segelintir pihak selepas video trailer filem tersebut tular di platform media sosial.