‘Kahwin Itu Tiada Msalah, Bercerai…’ Ini Nasihat Datuk Red Buat Ude, Suami Izreen Azminda

Selebriti jadi isteri kedua bukanlah sesuatu yang baru didalam industri hiburan. Ada juga di antara mereka masih kekal bersama sehingga ke hari ini.

Pernah terpalit dengan kontroversi rumah tangga apabila mengahwini penyanyi terkenal Adira dan menjadikan Adira sebagai isteri ke-2, Datuk Red kurang bersetuju dengan tindakan pemuzik Ude yang telah menfailkan pemohonan cerai isteri pertamanya baru-baru ini.

Menurut Datuk Red, bercerai itu bukanlah sesuatu yang mudah dan akan menyebabkan anak-anak menjadi mangsa kurang mendapat kasih sayang yang sepenuhnya.

IKLAN

Datuk Red yang sangat terkenal dengan kisah perkahwinannya itu sempat menasihati Ude untuk fikirkan sedalam-dalamnya dan fikirkan juga keadaan anak-anaknya.

“Nasihat saya sebelum buat keputusan fikir anak- anak. Anak-anak dalam keadaan ini adalah mangsa sebab mereka tidak mungkin akan dapat sepenuh kasih sayang dari kedua ibu dan bapa. Melalui penceraian yang pertama ini yang pernah saya lalui, terpaksa berpisah dengan anak-anak.

Sebab itu mahkamah juga memberi tempoh sebelum kita buat keputusan. Saya tahu benda masih baru dan dia juga tidak mahu fikir’ jelasnya kepada Utusan Online.

Dalam pada itu, Red turut menejalskan berkahwin dengan seorang selebriti segala tindak tanduk akan menjadi tumpuan, jadi Ude perlu terbuka menerima segala teguran dan komen netizen yang hanya sekadar berkongsi pendapat dalam hal rumah tangga mereka.

Malah, Red turut memberitahu segala tindak tanduk yang dilakukan ude akan memberi kesan kepada isterunya memandangkan Izreen merupakan seorang selebriti dan dikenali ramai.

IKLAN

Namun dia menegaskan berkahwin itu tiada masalah tetapi bercerai adalah sesuatu yang tidak setuju

“Dalam hal ini Ude kena tahu tindakannya akan memberi kesan kepada Izreen sebab dia seorang artis dan dikenali ramai. Jadi bukan salah orang luar untuk terus berkongsi pendapat mengenai hal ini.

“Berkahwin tidak ada masalah tetapi bercerai adalah sesuatu yang saya tidak setuju,” katanya lagi.

Red turut akui sebagai suami kepada penyanyi Adira, dia juga pernah melalui keadaan yang lebih kurang.

SUMBER: Utusan Online