Ads

“Kagum Kerana Namanya Sangat Besar, Sedangkan Saya…,” – Que Haidar Akui Rasa ‘Malu-Malu’ Jumpa Fazura, Walau Persahabatan Dah Lama Terjalin

Dilihat semakin mesra lebih-lebih lagi selepas dilantik sebagai duta untuk sebuah jenama baju raya terkenal, aktor, Que Haidar menjelaskan hubungannya bersama rakan pelakon, Nur Fazura tidak lebih daripada sekadar teman lama.

Menurut Que atau nama sebenarnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, perkenalannya bersama Fazura sudah lama terjalin memandangkan mereka memulakan kerjaya sebagai anak seni dalam tempoh yang hampir sama.

“Kagum Kerana Namanya Sangat Besar, Sedangkan Saya…,” – Que Haidar Akui Rasa ‘Malu-Malu’ Jumpa Fazura, Walau Persahabatan Dah Lama Terjalin

“Kami memang sudah lama bersahabat tapi sudah lama juga tidak berjumpa. Rasanya kami masuk ke industri lakonan di dalam tempoh yang sama.

“Kami sama-sama dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki dan Wanita Harapan Festival Filem Malaysia. Ketika itu, saya dengan filem KL Menjerit 1 dan Fazura pula Bicara Hati.

“Jadi, bila kami berjumpa semula, perasaannya sama seperti sahabat industri yang sudah lama tidak berjumpa,” katanya kepada MH.

Pelakon drama Pak Su Ammara ini berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media program raya Astro, baru-baru ini.

Ads

Anggap Usikan Netizen Sekadar Gurauan

Dalam masa itu, Que juga tidak menafikan dirinya agak segan untuk bertemu semula dengan Fazura setelah sekian lama tidak tidak bergiat aktif di dalam dunia seni.

“Kagum Kerana Namanya Sangat Besar, Sedangkan Saya…,” – Que Haidar Akui Rasa ‘Malu-Malu’ Jumpa Fazura, Walau Persahabatan Dah Lama Terjalin

“Perasaan malu itu lebih kepada saya kerana saya sudah lama tinggalkan industri. Saya kagum kerana nama Fazura sangat besar. Sedangkan nama saya kecil sahaja,” ujarnya lagi.

Ditanya sama ada dia selesa apabila ramai yang seakan-akan berharap hubungan mereka berakhir dengan sesuatu yang lebih serius, Que berkata dia tidak mahu terlalu memikirkan andaian tersebut.

Ads

Sebaliknya, dia melihat perkara itu sekadar gurauan peminat di media sosial dan tidak kisah selagi ia memberi kegembiraan kepada orang ramai.

“Kagum Kerana Namanya Sangat Besar, Sedangkan Saya…,” – Que Haidar Akui Rasa ‘Malu-Malu’ Jumpa Fazura, Walau Persahabatan Dah Lama Terjalin

“Jika mereka rasa gembira atau kurang stres bila kami dikenen-kenenkan, alhamdulillah. Saya hanya fikir positif sahaja. Tak perlu nak fikir terlalu berat sangat.

“Saya okay sahaja. Saya tahu kenapa saya nak masuk kembali di dalam industri seni. Saya memang nak kerja.

Ads

“Ketika ini, saya memang sangat sibuk dan banyak lagi hal lain yang perlu saya fikir,” kongsinya.

Sebelum ini, gelagat Que dan Fazura yang saling berbalas komen di platform Threads mengundang pelbagai reaksi ramai.

Netizen turut mencipta tanda pagar rasmi buat mereka iaitu #QueLaFazkanDenganBismillah sebagai tandangan sokongan dan doa yang baik-baik.

Namun tidak kurang juga yang menganggap ia sekadar gimik promosi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Sekarang Raya Terasa Lagi Berbeza Untuk Saya Sebab Sudah Ada Suami,...

Selepas kejayaan lagu Raya Pum Pang tahun lalu, penyanyi Syasya Rizal kini tampil dengan single raya terbaharu berjudul Inikan Hari Raya. Lagu yang ditulis sendiri...
error: Hello. Cannot.