Uncategorized

“Kagum Dengan Semangat Beliau,” – Ini Reaksi Johan As’ari Mengenai Tindakan Ellie Suriaty

Share

Berikutan insiden yang berlaku di luar perkarangan Mahkamah beberapa hari lalu melibatkan kes bekas Perdana Menteri, pelakon, Johan As’ari sebaliknya meluahkan rasa kagum terhadap semangat aktres Ellie Suriaty yang dilihat turut memberi sokongan buat Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menerusi posting di Instagram, pelakon menyatakan peguam di negara ini perlulah menggunakan bahasa kebangsaan, seperti mana beberapa negara lain.

“Bila di mahkamah peguam di arab cakap arab, peguam di China cakap cina, peguam di jepun cakap jepun, peguam di Malaysia cakaplah bahasa malaysia. Kalau tanah melayu ni hilang, kami takdak tanah dah. saya kagum dengan semangat beliau,” tulisnya.

Reaksi yang diberikan Johan mendapat reaksi yang pelbagai di kalangan para pengikutnya.

Terdahulu, Ellie hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberi sokongan Najib yang didakwa atas empat pertuduhan masing-masing pecah amanah dan salah guna kuasa.

Foto: Instagram Johan As’ari

IKLAN