Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida berkongsi perihal anak sulung mereka yang menjalani pembedahan mata semalam.

Menerusi perkongsian mereka di Instagram masing-masing menjelaskan sebab pembedahan itu dilakukan.

IKLAN

“Pagi ni bawa @ammar_ahyan ada buat operation mata sebab mata dia sebelum ni juling sikit. Dulu waktu baby dah nampak mata dia mcm juling sikit tapi ingat juling-juling air gitu tapi makin besar makin ketara

“Mama dapat temankan sampai @ammar_ahyan ditidurkan je, kesian pula dia tadi nangis sebab takut.

“Asyik tanya je doktor ada tak yang buat salah mama? Saya jawab Ammar doa je banyak-banyak, InsyaALLAH tak ada apa-apa.

“Kadang-kadang rasa kesian dengan dia sebab anak sulung selalu kena marah, selalu kena mengalah dengan adik-adik mungkin banyak benar berjauh hatinya. Tapi itulah istimewanya jadi anak yang sulung,” tulis Shahida.

“Kadang-Kadang Kesian Dengan Dia,” -Anak Sulung Datuk Seri Aliff Syukri Jalani Pembedahan Mata

IKLAN

“Cuba tengok part last video ini, tangisan tapi penuh harapan supaya dia nampak sempurna. Nasib baik abah ada rezeki boleh operate mata. Siapa ada anak macam ini sila share pengalaman anda di ruangan komen di bawah ya.

“Ramai orang cakap kenapa anak saya yang sulung tu jarang post di IG atau Facebook, sebab Ammar ada masalah pemalu dan susah berdepan dengan orang ramai, kamera padahal dia bijak di sekolah, antara pelajar cemerlang dan boleh menghafal banyak surah di Al-Quran.

Malah, saya rasa dia lebih bijak dari saya tapi sebab sifat pemalu ya saya suruh dia baca surah sampai menangis-menangis dia buat saya geram. Saya nak anak saya jadi yang terbaik dan yakin dengan orang ramai

“Mungkin dia malu sebab matanya juling air, semoga Ammar cepat sembuh mata. Dia selalu mengadu dulu kawan-kawan selalu ejek mata dia. InsyaALLAh lepas ini dah tak ada orang ejek lagi ya.

“Setelah 6 bulan menjalani rawatan,hari ini (semalam) Ammar akan menjalani pembedahan mata supaya matanya nampak normal. Doakan pembedahannya selamat, hari ini saya tak sempat nak temankan Ammar ke hospital tapi dia pergi dengan mamanya,” kongsi Aliff.

MH doakan agar pembedahan adik Ammar berjaya dan supaya dia cepat sembuh!

IKLAN

Foto: Instagram Datuk Seri Aliff Syukri & Datin Seri Nur Shahida

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI