Penyanyi Nora Ariffin mendedahkan setiap kali menjejakkan kaki ke tanah suci, dia sebolehnya akan cuba untuk mencari sudut terbaik untuk bermunajat selain berdoa kepada Yang Maha Esa.
Jelasnya menerusi Instagram lagi, dia turut mendoakan agar semua peminatnya akan sama-sama mendapat peluang untuk menjadi tetamu Allah, sekaligus mampu merasai nikmat beribadah di sana.
“Setiap kali saya ke Mekah, saya akan mencari spot yg terbaik utk bertafakur, bermunajat & membaca hampir kesemua DOA DOA yg dikirimkan melalui saya. Moga Allah makbulkan doa2 kalian semua.
“Dalam setiap akhir doa saya. Saya sering menyebut moga semua follower saya dapat sama2 mendpt rezeki utk menjadi TETAMU ALLAH & merasai nikmat beribadah disini.
Allahuabar. Jom umrah bersama saya dan 2 orang Ust hebat,” tulisnya sambil memberikan kredit.
Sementara itu menerusi posting terdahulu, penyanyi Menyemai Cinta Bersamamu ini turut menambah, Kaabah adalah rumah Allah paling awal yang dibina di dunia.
“Bismilahirahmanirahim Kaabah adalah…rumah Allah yg PERTAMA yg dibina di atas mukabumi.
Ads
“Melihat kaabah mendapat pahala apatah lagi, dapat SOLAT & BERDOA dihadapannya.
Moga kita semua dipermudahkan utk menjadi TETAMU ALLAH,” tulisnya lagi.
Sudah melayari bahtera perkahwinan selama tiga tahun, penyanyi Hazama dan isterinya, pemuzik Genervie Kam tidak berputus asa sekiranya belum dikurniakan cahaya mata.
Mendirikan rumah tangga pada pada 15 Januari 2017 lalu, keduanya juga tak mudah melatah apabila ditanya mengenai soal zuriat.
Malah, mereka juga percaya rezeki dan masing-masing bersikap matang atas hal yang berlaku.
“Saya bersyukur dan berserah pada qada dan qadar. Sekiranya Allah nak beri saya anak, saya gembira. Jika Dia tak bagi lagi buat masa ini, adalah sebabnya.
“Mungkin Allah tahu saya dan isteri masih belum bersedia menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa. Saya tidak mahu jadikan anak itu sebagai satu trend.
“Apabila tiba masa yang tepat, mungkin Allah akan hadiahkan kami zuriat ,” katanya kepada MH.
Bintang berusia 35 ini berkata demikian ketika ditemui pada sesi mempromosikan filem terbaharunya, Rock 4: Rocker Never Dai.
Pada masa sama Hazama atau nama lengkapnya, Hazama Ahmad Azmi berkata, bergelar bapa bukanlah sesuatu tugas yang mudah kerana ia melibatkan zuriat dan darah daging sendiri.
“Pada awal perkahwinan, bukan sebab saya nak anak, tetapi saya saya sangat mencintai isteri saya. Anak itu adalah bonus. Lain pula tanggungjawabnya pada isteri dan anak.
“Sekiranya saya patut dapat anak, alhamdulillah. Jika saya tak dapat anak sekali pun, saya tetap reda dengan ketentuan Illahi.
“Jadi, apa yang saya lakukan sekarang ini saya gembira dengan kehidupan saya kini,” jelasnya.
Sinonim dengan lagu Malaikat, Hazama akui lebih selesa hidup berdua bersama isteri dan kurang mengalami tekanan.
“Setiap pasangan masing-masing ada kelebihan. Macam saya yang masih belum dikurniakan zuriat lagi, banyak meluangkan masa bersama isteri untuk kemana sahaja dan kurang mengalami tekanan.
“Berbeza pula dengan pasangan yang sudah dikurnikan zuriat, tugasan dan cabaran mereka sangat besar kerana perlu menggalas tanggungjawab yang hebat dalam mengurus dan menjaga anak.
“Malah, mereka lebih banyak berfikir dan kebanyakkannya lebih tertekan,” katanya optimis.
Dalam perkembangan lain, Hazama bakal muncul dalam filem Rock 4: Rockers Never Dai arahan Mamat Khalid yang akan ditayangkan pada 20 Februari ini.
Melakonkan watak Omar dalam filem bergenre komedi, antara barisan pelakon seperti Sharwani NS, Hazama, Adam John, Bulan Terry, Nazimi Fahmi dan penampilan khas oleh Dato’ Awie, Khir Rahman, Pekin Ibrahim, Kamarool Hj Yusof dan ramai lagi.
Pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang ada memuat naik satu rakaman video menerusi akaun Instagram miliknya.
Kongsi Michael, dia telah meluahkan pendapat mengenai isu yang masih hangat diperkatakan membabitkan usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat.
“Assalamualaikum semua ini untuk Jat Jat, Jat Jat kenapa kau minta maaf kat PU, Mufti? Tak payah minta maaf, tak perlu minta maaf,
“Apa yang kau perlu buat kau pergi jer dekat hospital, buat check-up buat segala ujian yang boleh buktikan kau seorang perempuan sebab kau kata kau perempuan kan? Mesti ada bukti yang kau tu perempuan,
“Lepas tu kau post dekat IG, kau post satu newspaper semua tunjuk laporan yang kau tu seorang perempuan,
“Haa tutuplah mulut Malaysia tak payah kau nak minta maaf sebab kau tak bersalah kalau kau perempuan,” katanya.
Baru-baru ini, pelakon jelita Elizad Sharifuddin telah diundang sebagai tetamu jemputan sebuah rancangan Curhat yang membincangkan topik Zuriat Syurga telah disiarkan di Astro Prima.
Meski belum dikurniakan cahaya mata, Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin akui sering menerima persoalan mengenai hal anak.
“Kadang bukan keluarga atau pasangan, tapi apabila orang sekeliling dan netizen cakap saya tak berdoa dan beriya dalam soal ini, saya sedih.
”Saya tak pernah tunjuk sebab saya jenis ‘happy go lucky’. Apabila orang membandingkan suami saya yang sudah ada dua anak daripada perkahwinan sebelum ini dan saya tak ada zuriat, tentu saya sedih.
“Tapi orang sekeliling selalu tanya bila nak ada anak. Saya mana tahu. Saya bukannya Tuhan. Kalau ditanya, tentu saja saya nak anak. Ya Allah, tolong bagi saya satu,” katanya.
Dalam pada itu, bintang berusia 36 tahun ini turut meminta maaf pada suaminya sekiranya gagal memberikan zuriat.
“Saya bukan wanita sempurna. Walaupun dari segi luaran dia nampak saya seorang yang ceria, tapi andai kata saya tak mampu berikan dia zuriat, saya minta maaf,” jelasnya lagi.
Program itu turut menampilan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan pelakon, Izzue Islam.
Sekadar informasi, Elizad mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.
Shamsul memiliki dua orang cahaya mata hasil perkahwinannya yang terdahulu.
Foto: Harian Metro Online, Instagram Elizad Sharifuddin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...