Categories: Uncategorized

Justin Bieber Dan Hailey Baldwin Sah Bertunang?

Share

Suprise! Pasangan, Justin Bieber dan Hailey Baldwin dilaporkan bertunang hujung minggu lalu, lapor media antarabangsa.

MH difahamkan, penyanyi lagu One Time itu melamar kekasih ‘on-off’nya itu semasa kedua-duanya bercuti di Bahamas selepas kedua-duanya dilaporkan kembali bersama.

Bieber, 24 tahun dan Baldwin, 21 tahun masing-masing belum memberikan respon terhadap perkara itu namun berbeza pula dengan ibu dan adiknya yang memberi ‘hint’ seolah-olah perkara itu benar.

“Sangat bangga! Tak sabar nak tunggu bab seterusnya,” tulis Jeremy, adik kepada Bieber.

 

“Love love love love love,” respon ibu Bieber, Patty.

 

Baldwin merupakan model dan anak kepada pelakon Stephen Baldwin mula berpacaran dengan Bieber selepas penyanyi itu putus dengan Selena Gomez. Dia juga merupakan wanita yang sering kelihatan bersama Bieber selepas Selena Gomez.

Berita ini sangat mengejutkan apatah lagi ramai yang menganggap bahawa hubungan mereka ini tidak akan berkekalan. Apa-apapun, kalau betul tahniah!

Foto: Carian Google

IKLAN