Uncategorized

‘Just Nice’ Je Dedikasi Wak Doyok Buat Azrinaz Mazhar Hakim Yang Sudah Selamat Bergelar Isteri 1 Mei Lalu

Share

Umum mengetahui sebelum ini, Azrina dan ikon fesyen yang kini bergelar pelakon, Wak Doyok pernah menjalin hubungan rapat hingga ada yang mengaitkan pasangan ini turut meniti fasa hubungan cinta di antara keduanya.

Bagaimanapun, baru-baru ini Azrina telah berkongsi momen gembira di dalam hidup apabila mengumumkan dia sudah pun mendirikan rumah tangga bersama kenalan lamanya 1 Mei lalu.

Lalu, MH bertanya apakah ucapan Wak Doyok buat Azrina yang sebelum ini pernah dikatakan rapat dengannya.

Secara profesional, pelakon Abang Long Fazil dua itu menyambut baik perkahwinan tersebut dan turut mendoakan kebahagiaan Azrina dan suami.

“Buat sahabat saya, semoga perkahwinan diberkati, menjadi isteri yang solehah dan moga mendapat cahaya mata yang comel. Jaga suami tu baik-baik,” ucap Wak sambil turut mengakui, pada fasa sekarang fokus dan matmalatnya kini hanyalah terhadap dunia bisnes dan keluarga.

 

“Saya sebenarnya sekarang lebih fokus kepada perniagaaan. Bukan mahu menidakkan jodoh tetapi kalau ada, saya terima dengan hati terbuka. Kalau keluarga saya terima, saya okay sahajalah. Saya tak pandang harta pun, cukuop sekadar bakal isteri itu turut sayangkan kedua ibu bapa saya,” jelas Wak jujur. 

Foto: Instagram Wak Doyok

 

IKLAN