Perghh ngeri sungguh MH terbaca laporan berita dari Sinar Harian Mengenai seorang jurusolek ditemui mati di dalam bilik tidurnya.

Kejadian yang telah berlaku semalam telah membuatkan ramai orang terkejut dengan berita ini.

Memetik dari Sinar Harian, kematian mangsa hanya disedari oleh rakan serumahnya setelah majikan kepada mangsa datang untuk mengajaknya ke sebuah sekolah untuk melakukan gubahan bunga.

IKLAN

Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning berkata, mayat Rudy Alpian Zahari,37,ditemui terbaring di atas katil sebuah rumah yang didiami bersama rakannya.

“Apabila rakan serumah mengejutkannya,lelaki itu tidak bangun,lalu dia memeriksa nadi dan mendapati badannya telah sejuk.

“Sementara itu, temubual dengan majikannya mendapati mangsa mengambil sejenis produk kecantikan dalam bentuk kapsul untuk melangsingkan badan sebagai persiapan menyertai pertandingan ratu cantik di Thailand pada bulan Februari depan.

IKLAN

“Mangsa juga dipercayai telah makan pil tersebut sebanyak 7 botol dan hanya makan nasi seminggu sekali serta seringkali mengadu penat dan sakit di bahagian dada sejak mengamalkan produk jamu berkenaan,” katanya.

Tambahnya lagi, hasil dari pemeriksaan bilik tersebut dalam keadaan kemas dan tiada unsur pecah rumah atau rompakkan kerana tiada sebarang kesan geledah, telefon bimbit serta beg tangan masih bersama mangsa.

Malah pihak polis tidak jumpa tali atau senjata yang menyebabkan mangsa cedera.

IKLAN

“Hasil pemeriksaan di bilik juga tidak menjumpai tali atau senjata ,polis bertindak merampas bantal dengan kesan darah serta telah di rampas dan di bawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai untuk siasatan lanjut.

“Bagaimanapun, kita menunggu keputusan bedah siasat ke atas mayat mangsa yang telah di hantar ke Hospital Kuala Krai,” katanya kepada Sinar Harian.

Sumber: Sinar Harian

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI