Sekian lama menghilang daripada radar industri hiburan tanah air, penyanyi rap Malique Ibrahim seakan memberi bayangan bahawa dirinya bakal hadir ke konsert Gen KRU The Finale yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Sabtu ini.

Menerusi hantaran terkini di Instagram, Malique dilihat berkongsi foto tiket konsert tersebut yang memperlihatkan dirinya bakal berada di zon berdiri.

Malah, Malique turut memaklumkan sudah agak lama juga dia tidak hadir ke acara seperti ini.

“Sudah agak lama. Jumpa anda Sabtu ini,” tulisnya ringkas.

Hantaran tersebut turut mendapat respon daripada salah seorang anggota KRU, Datuk Yusry Abdul Halim.

“Jumpa Sabtu Ini,” – Bayangan Malique Hadir Ke Konsert Gen KRU The Finale, Ramai Teruja & Tetap Mahu Jaga Privasi

“Cun bro! Jumpa Sabtu ini,” balas Yusry.

Ads

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan perkongsian tersebut selain turut berharap agar mereka dapat bertemu dengan Malique di konsert itu nanti. Antaranya;

“Yay, harap-harap dapat jumpa dua idola dalam satu konsert. KRU dan Malique.

“Entah-entah KRU akan featuring dengan Malique.”

“Tahu-tahu Abang Malique comeback dengan KRU. Satu stadium pasti akan gemuruh walaupun hanya cameo.”

Ads

“Selamat kembali Mr. General.”

Peminat Hormati Privasi & Harap Kemunculan Semula

“Jumpa Sabtu Ini,” – Bayangan Malique Hadir Ke Konsert Gen KRU The Finale, Ramai Teruja & Tetap Mahu Jaga PrivasiSelain teruja, ada juga netizen yang memahami dan akan terus menghormati pendirian Malique yang memilih untuk tidak terlihat berada di khalayak.

“Tak mengapa, berhiburlah. Takkan kami kejar fizikalmu. Kami cuma junjung karyamu.”

“Yang jumpa jangan ambil gambar curi-curi dan post di media sosial.”

Ads

“Mr. General kena standby. Orang-orang dekat sana pasti akan serbu.”

Sejak akhir-akhir ini, ramai yang meramalkan Malique bakal membuat kemunculan semula selepas dia dilihat kembali aktif di media sosial.

“Jumpa Sabtu Ini,” – Bayangan Malique Hadir Ke Konsert Gen KRU The Finale, Ramai Teruja & Tetap Mahu Jaga Privasi

Lebih menguatkan spekulasi, taikun konsert, Iman Thang yang juga penganjur bagi konsert Gen KRU The Finale turut dilihat ada beberapa kali berkongsi hantaran berkaitan Malique di Instagram miliknya.

Susulan itu, ramai mulai membuat spekulasi dengan menjangkakan Malique bakal membuat comeback dan mengadakan konsert tidak lama lagi.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads