Uncategorized

Judika Buat Hal Lagi, Nyanyi Lagu ‘Terbang’ Versi Dangdut

Share

Aduhai! MH rasa tak lama lagi mesti penyanyi, Judika akan muncul dengan album dangdut memandangkan dia sering diminta menyanyi sesebuah lagu versi dangdut.

Kalau sebelum ini, lagu bertajuk ‘Sunny’ nyanyian asal oleh Bunga Cinta Lestari menjadi mangsa, kini dia berbuat perkara yang sama untuk lagu ‘Terbang’ yang dinyanyikan Kotak Band.

Dia diminta berbuat demikian semasa menjadi salah seorang juri untuk program Indonesian Idol.

Lucunya, pada mulanya Judika menyanyikan lagu tersebut dalam versi ‘rock’ namun para penonton malah juri-juri lain meminta agar dia menyanyikan lagu tersebut dalam verso dangdut.

Pada mulanya, Judika kelihatan malu-malu untuk melakukannya namun setelah dipujuk beberapa kali akhirnya dia menyerah. Ternyata nyanyiannya itu mendapat sambutan penonton yang hadir.

Dalam pada itu, menurut media Indonesia, Kompas melaporkan bahawa rakan juri Indonesian Idol, Ari Lasso menyukai nyanyian dangdut Judika itu.

“Bagus sekali. Tidak kedengaran bunyi dangdut sangat tapi sangat menghiburkan,” katanya.

Sementara itu, Judika dalam nada bergurau meminta agar peminat menunggu album versi dangdut daripadanya.

“Ya, bentar lagi. Tunggu sahaja album dangdutnya ya,” katanya.

Pada MH, nak jugalah dengar album versi dangdut Judika itu, dengar sedikit dalam program itu pun dah seronok kan?

sumber: Youtube & Kompas

IKLAN