Ads

“Jom R*men Dulu…,” – Lelaki Tua Ajak Zara Zya Buat Perkara Tak Senonoh, Sedih Status Single & Kesihatan Mental Jadi Gurauan

Pelakon Zara Zya meluahkan rasa terkilan dengan sikap seorang individu yang bertindak meninggalkan komen berbaur lucah dan biadab di platform media sosial miliknya.

Menurut Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, dia mengakui sudah muak berhadapan dengan situasi tersebut, lebih-lebih lagi apabila tahap kesihatan mental serta status dirinya sering dijadikan bahan gurauan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZaraZya (@zarazya)

“Kadang penat nak baca komen. Sebab saya ingin menjaga mental health saya. Banyak komen yang saya dapat. Yang positif, mampu buat saya tersenyum.

“Dan adakala saya terpanggil untuk membalas, supaya si pemberi komen juga happy bila mendapat balasan dari saya,” tulisnya.

Luahan itu dikongsikan oleh pelakon drama Sumpah Ibuku itu menerusi sebuah hantaran di Instagram pada pagi Rabu.

Kata-Kata Ini Antara Paling Kurang Ajar

Bagaimanapun, Zara merasakan komen-komen berbaur lucah tersebut sudah melampaui batas, apatah lagi apabila individu berkenaan berstatus sebagai bapa dan suami orang.

“Jom R*men Dulu…,” – Lelaki Tua Ajak Zara Zya Buat Perkara Tak Senonoh, Sedih Status Single & Kesihatan Mental Jadi Gurauan

Ads

“Tapi, dalam pada itu, macam-macam kejian, gurauan kasar, ada mengutuk wajah saya, mengutuk status single saya, mengutuk kesihatan saya dan macam macam lagi.

“Kata-kata ini antara paling kurang ajar setakat pagi ini saya baca. Secara public kamu komen begini. Kesian pada diri kamu. Keluarga kamu,” kongsinya lagi.

Netizen Nasihat Ambil Tindakan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam tindakan individu terbabit selain berharap agar dia dikenakan tindakan sewajarnya.

Berikut antara komen-komen daripada netizen;

Ads

“Bagus, sesekali kasi tayang sahaja. Buat pengajaran.”

“Melampau sangat. Kata-kata berunsur seksual. Elok sangat gambar terpapar besar dekat situ. Pihak PDRM dan SKMM tolong ambil tindakan. Bersabarlah Zara Zya.”

“Report polis Zara. Sangat kurang ajar ni. Boleh didakwa di mahkamah.”

Ads

“Kesian isterinya kerana dapat suami macam tu.”

“Cantik macam ni pun kena hina. Rasanya mereka ni buta.”

“Jom R*men Dulu…,” – Lelaki Tua Ajak Zara Zya Buat Perkara Tak Senonoh, Sedih Status Single & Kesihatan Mental Jadi Gurauan

Sehingga kini, video tersebut telah pun meraih lebih 100,000 tontonan di Instagram.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Zara Zya

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Nicole Kidman & Keith Urban Sah Bercerai Selepas 19 Tahun Bersama

Perkahwinan pelakon tersohor Hollywood, Nicole Kidman dan penyanyi muzik country terkenal, Keith Urban, akhirnya berakhir secara rasmi selepas hampir dua dekad membina rumah tangga...
error: Hello. Cannot.