Berita

Jojo One Nation Emcees Meninggal Dunia

Share

Anggota kumpulan One Nation Emcees, Jojo meninggal dunia selepas rebah di masjid dipercayai akibat serangan jantung pagi tadi.

Perkhabaran mengejutkan itu disahkan rakannya, Mimi Fly yang dimaklumkan isteri Jojo atau nama sebenarnya Nur Hasan Balas.

“Dia memang pernah mengalami strok beberapa bulan lepas.

“Saya dapat tahu dia tiba-tiba rebah di masjid ketika perjumpaan kumpulan tabligh.

“Baru tadi saya dapat panggilan daripada isterinya yang berada di Taiping. Saya tidak tahu lagi secara terperinci,” katanya, lapor Kosmo! Online.

Allahyarham Orang Yang Baik

Berkongsi lanjut, Mimi atau Shamimi Amalina Norhisham, 39, menyifatkan Jojo sahabat yang baik.

“Dua hari lepas kami baru berhubung dan ada perancangan untuk melakukan bisnes raya bersama.

“Jojo ini baik orangnya, saya dah lama tak jumpa dia.

“Kami hanya berhubung menerusi panggilan telefon kerana dia menetap di Taiping, Perak,” ujarnya lagi.

Difahamkan, Jojo meninggal dunia ketika menyertai majlis Ijtimak Qudamak Seri Petaling di Masjid Sri Petaling

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Sumber: kosmo! Online

Published by
MH