Pasti ramai yang suka mengikuti pasangan suami isteri ini bukan? Nampaknya video yang sempat dikongsikan oleh Johan mengenai isterinya, Ozlynn Wati begitu mencuri tumpuan ramai.

Mana tidaknya, boleh dikatakan Ozlyn kerap berkongsi gambar atau video masakan yang lazat menerusi laman Instagramnya.

Meskipun sibuk dengan aktiviti seni, Ozlyn tetap tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suri rumah yang baik. Rajin betul memasak, untung keluarganya kan.

Johan ‘Puji’ Isteri Pandai Memasak, Tapi…

Johan ‘Puji’ Isteri Pandai Memasak, Tapi…

Sikapnya itu sering dipuji oleh para netizen. Yelah, kami tahu bukan mudah untuk seorang isteri yang berkerjaya membahagikan masa sepertinya.

IKLAN

Tetapi baru-baru ini, Johan ada muat naik sebuah video yang memaparkan Ozlyn sedang masak basi. MH ingatkan Johan ingin merakam dan memuji masakan Ozlynn, namun apa yang dia tunjukkan begitu mengejutkan dan cukup melucukan.

Rupa-rupanya, isteri kepada pelawak itu terlupa untuk menekan suis pada periuk nasi dan meyebabkan nasi tersebut tidak masak.

Johan dengan berlapik memberitahu mungkin suis periuk nasi itu tidak dipasang dengan ketat.

IKLAN

Video itu juga menunjukkan Johan berterima kasih kepada isterinya yang penat memasak ketika dia keluar menonton wayang bersama anak-anak.

“Bahahahahhahahahahahha!!! Tak nak kawan!!” Ujar Ozlynn di ruangan kapsyen.

Johan ‘Puji’ Isteri Pandai Memasak, Tapi…

Ozlynn turut menggunakan hastag untung rasa bila kekurangan isteri itu disambut dengan senyuman.

IKLAN

Ruangan komen video tersebut dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya yang begitu terhibur dan meninggalkan komen yang agak mencuit hati.

Malah, ada juga suri rumah yang berkata mengalami perkara yang sama seperti Ozlynn.

Jom MH belanja video tersebut :

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI