Penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow telah mengikat tali pertunangan bersama gadis pilihannya, Marini Ramlan, hari ini.
Difahamkan, Joe atau nama lengkapnya Johan Ishak sudah merisik teman wanitanya Marini atau mesra disapa Nini yang merupakan seorang pelukis profesional.
Berita gembira tersebut turut dikongsi oleh rakan media, HLive menerusi laman media sosial Instagram.
Ads
“Alhamdulilah tahniah kepada @flizzow dan pasangannya, Nini untuk pertunangan mereka.
“Kami di @officialhlive doakan yang terbaik dan semoga semuanya di permudahkan Sumber photo : @misdeeds_,”tulisnya.
Terbaru, pelakon Syatilla Melvin ada berkongsi kisah cerita tentang suaminya yang juga pelakon, Shaheizy Sam di akaun Instagram miliknya.
Kongsi Syatilla, suaminya kurang meluangkan masa bersama anak atas kekangan masa jadual lakonan yang padat.
Lalu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini telah membawa kedua anaknya bertemu dengan Sam di set lakonan.
“3 hari bapak xjumpak anak2, balik dari penang teroih usung bawak anak2 jumpak bapak kt set shooting. Kalau tak bawak jumpak memang bapak xdak masa la nak spendtime layan ank2 dia.
“balik shooting 5 6pgi anak2 duk lena,takkan nak gerak bgun. Bapak hang pun time tu nampak katil mcm nampak ketoi maih(gold bar) sebb penat sgt. Yang kita pulak tengok laki dgn penuh kesabaran.
Di samping itu, Syatilla turut mendoakan agar semua urusan suaminya dipermudahkan selalu.
“Semoga allah merahmati perjalanan laki aku cari duit permudahkanlah semudah mudahnya utk bapak iniamin ya allah,” tulisnya lagi.
Selain itu, peminat mendoakan agar rumah tangga yang dibina oleh Syatilla kekal berbahagia.
Sekadar informasi, Syatilla dan Shaheizy Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Syeriv Samheizy, 2 tahun dan Sarima Samheizy, 7 bulan.
Foto: Instagram Syatilla Melvin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tujuh tahun perkenalan, akhirnya mereka diijabkabulkan hanya dengan sekali lafaz.
Pelakon Farah Nabilah telah selamat bergelar isteri kepada Mohamed Amirul Yunus malam tadi di Mutiara Ballroom, Royal Chulan,Damansara.
Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Saipuddin Ahmad, dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Daerah Petaling, Mastori Marsidi.
Berkongsi detik ketika majlis berlangsung,Amirul ada cerita sendiri.
“Saya cuba menghafal banyak kali skrip sebelum akad nikah, tapi bila tiba masa kemuncaknya malam ini, tak sama sebab jantung saya berdengup sangat laju.
“Tapi apa pun Alhamdulillah hanya sekali lafaz sahaja dan semuanya berjalan lancar,” kata Amirul kepada MH selepas majlis akad nikah.
Pelakon drama Cik Reen Encik Ngok Ngek turut menerima mas kahwin sebanyak RM1000 dengan berbalas tujuh hantaran masing-masing serta wang hantaran bernilai RM77,777.77
Malah, angka tersebut membawa simbolik cinta mereka.
“Saya mengambil angka tujuh untuk nilai wang hantaran itu kerana ia nombor kegemaran.
“Tak sangka, angka tujuh itu juga merupakan simbolik tempoh percintaan kami selama tujuh tahun,” ujar Farah selepas majlis akad nikah.
Saling memahami kerjaya masing-masing, Farah dan pasangannya yang merupakan seorang juruterbang ini menganggap bahawa hubungan mereka sangat kuat dan itu merupakan perancangan Allah.
“Kami mengambil masa yang agak lama juga iaitu selama tujuh tahun kerana tugasan dan kerjaya masing-masing.
“Kahwin ini perlu dirancang sebaik mungkin sebab ia melibatkan jangka masa yang panjang antara kita dengan pasangan.
“Rancangan Allah sangat indah dalam mengatur kehidupan kami,” akhiri Farah.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Andi Bernadee memaklumkan dia mempunyai sebuah lagu single terbaru berjudul Hello, berkolaborasi bersama rakan penyanyi Ismail Izzani.
Kongsi penyanyi Donde ini, dia telah mulai menjalinkan hubungan rapat bersama Ismail bebeberapa bulan lalu.
Penyanyi kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini berkata sangat senang untuk berkerjasama dengan Ismail.
“Ini merupakan kolaborasi pertama Andi bersama dengan Ismail Izzani dan pengalaman berkolaborasi bersama Mail sangat seronok.
“Malah, Mail ni merupakan salah seorang penyanyi yang Andi memang nak sangat berkerjasama.
“Satu sikap yang Andi suka untuk berkerjasama dengan Mail ni sebab dia sangat bersikap terbuka dan kami masing-masing ada sikap itu.
“Bukan itu sahaja, malah kami berdua jenis yang mudah menerima idea-idea daripada orang luar,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, Andi turut mengakui persamaan mereka yang ‘gila-gila’ memudahkan kerja bersama.
“Lagi satu Mail ni seorang yang sangat mudah berkerja dan tak banyak songeh. Bagi Andi, Mail dia ada satu personaliti yang kelakar dimana dia boleh sekepala dengan Andi.
“Jadi kami memang banyak buat aktiviti gila sama-sama,” katanya lagi.
Terdahulu, Andi ditemui di lokasi terakhir siri konsert jelajah JIMBAFEST yang berlangsung di Dewan Platinum Melati, Kolej Melati UiTM Shah Alam, pada Selasa.
Penyanyi Datin Alyah, Aizat Amdan, Sissy Iman, Awi Rafael, De Fam dan ramai lagi turut membuat persembahan di konsert berkenaan.
Foto: Instagram Andi Bernadee
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...