Uncategorized

‘Jodoh Sangkut Tak Bayar PTPTN’- Ini Respon Netizen Bila Farahdhiya Tanya ‘Di Mana Jodoh’

Share

Eh? Dah kenapa tiba-tiba penyanyi dan pelakon, Farahdhiya bercakap soal jodoh ini? Dah nak tamatkan zaman solo ke?

Tapi, kalau sudah sampai jodoh, apa salahnya kan?

Semalam, semasa sedang menanti waktu berbuka puasa, Farahdhiya ada memuat naik satu soalan maut menerusi laman Instagram miliknya.

“Hi jodoh, where are you? Selamat berbuka all,” tulisnya.

Apa yang menarik perhatian MH adalah jawapan balas netizen di ruangan komen, lucunya…ada yang mengaitkan lewat datang jodoh kerana masalah PTPTN.

Serius MH terhibur dengan jawapan-jawapan netizen yang memang kreatif itu. Apa-apapun, MH doakan semoga Farahdhiya cepat bertemu jodoh.

sumber: IG Farahdhiya

IKLAN