Tahniah diucapkan kepada pelakon senior Sabri Yunus dan Angeline Tan kini sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.
Berita gembira itu dikongsikan penyampai radio dan pengacara, Issey Fazliham menerusi laman Instagram miliknya, sebentar tadi.
“Selamat pengantin baru Abang Sabri Yunus dan Kak Ardini / Angeline Tan.
Ads
“Alhamdulillah. Kami sangat gembira. Semoga Cinta Wan Ismail Golok dan Lucy kekal sampai ke syurga. Pimai pimai tang tu,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Tumpang gembira, para peminat dan rakan artis turut mendoakan kebahagian dan kesejahteraan buat pasangan yang sinonim menerusi siri Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu.
Menerusi sitkom berkenaan, masing-masing menggalas watak sebagai Wan Ismail Golok dan Lucy.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mengambil pendirian terbuka seterusnya bersedia berkaitan tindakan kerajaan Indonesia yang mengharamkan transaksi e-dagang di platform media sosial TikTok, baru-baru ini.
Membawa jenama Wawa Cosmetics, mereka mempunyai pandangan tersendiri sekiranya perkara sama dilakukan pihak berwajib di negara ini.
“Saya difahamkan penutupan TikTok Shop di Indonesia adalah untuk menambah baik ekosistem perniagaan di negara terbabit.
“Nak kata bersetuju sekiranya perkara itu diambil pun tak boleh juga sebab banyak peniaga kami pun yang menjual produk menerusi TikTok Shop.
“Cuma syukur sebab sebelum adanya TikTok Shop, kami ‘survive’. Kita bukan buat bisnes bila TikTok ini wujud tapi membangunkan bisnes sebelum adanya platform ini lagi.
“Sama ada ia akan terjadi macam negara jiran atau tidak, kita pun sudah ada perancangan apa yang perlu dibuat,” katanya kepada MH.
Terdahulu, Menteri Perdagangan Indonesia Zulkifli Hasan mengumumkan Indonesia mengharamkan TikTok Shop yang memberi pendapatan tinggi peniaga dalam talian berkuat kuasa serta-merta.
Ia bertujuan melindungi peniaga di luar talian dan pasaran kerana harga ditawarkan terlalu murah hingga menjejaskan peniagaan kecil dan sederhana di luar premis serta menghalang penggunaan data peribadi dalam kepentingan perniagaan, sekali gus ekosistem perdagangan elektronik yang adil, sihat lagi bermanfaat.
Aeril bagaimanapun tidak menafikan ada di antara stokis yang menyuarakan kerisauan sekiranya jualan menerusi ‘beg kuning’ dihapuskan.
“Sudah tentu ada memandangkan ada stokis yang memang bergantung dengan TikTok Shop sahaja, namun ada juga stokis yang bergantung kepada jualan secara offline. Mereka ada ‘team’ yang ramai.
“Apa pun keputusan kerajaan, kami sudah bersedia. Cuma jika perkara sama bakal dilaksanakan di Malaysia, harap pihak berkuasa dapat memberi masa untuk peniaga.
“Malah kita sebagai peniaga ini perlu bersedia sebab saya percaya selain TikTop Shop, banyak lagi medium jualan lain yang tersedia. Kita yakin dengan produk dan kuatkan lagi strategi marketing,” katanya lagi.
Meluahkan pandangan sama, Wawa turut akui ada di antara ‘reseller’ mereka yang berjaya meraih jualan tinggi di TikTop Shop.
“Ada dua orang ‘reseller’ kita yang memang hebat berniaga di TikTok Shop. Setakat ini jualan mereka pun mencecah ratusan ribu unit sejak beberapa bulan lalu. Dalam sebulan sales tu boleh cecah sampai ratusan ribu ringgit,” katanya.
Dalam pada itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil pada 7 Oktober lalu dalam satu kenyataan memaklumkan kerajaan Malaysia akan meneliti terlebih dahulu tindakan yang dilakukan oleh Indonesia mengharamkan TikTok Shop sebelum merangka langkah yang bersesuaian di negara ini.
Wawa dan Aeril ditemui di majlis pelancaran produk terbaharu mereka, Wawa Tinted Sunscreen di Puchong, Ahad lalu.
Menawarkan solusi dua dalam satu, pemilihan bahan aktif di dalam produk terbaharu Wawa Tinted Sunscreen ini bukan sahaja membantu mengelakkan cela, namun turut memudahkan sesi solekan.
Jelas Wawa, penggunaan krim tabir suria atau ‘suncreen’ adalah penting dalam rutin penjagaan kulit wajah, lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca Malaysia yang panas.
Wawa Tinted Sunscreen hadir dalam dua tona warna iaitu ‘light’ dan ‘natural’ manakala personaliti media sosial popular, Dahlia Rizal turut diumumkan sebagai wajah wakilan bagi produk berkenaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak Achey berharap pihak stesen televisyen dapat mempertimbangkan cadangan untuk memperbanyak program sitkom seperti Sepahtu Reunion Live khusus buat pelawak pelapis.
Menurut pemilik nama lengkap, Mohd Nasir Hamzah, dia kasihan melihat nasib pelawak-pelawak baharu yang tiada peluang untuk menonjolkan bakat mereka di media arus perdana.
“Untuk program seperti Sepahtu Reunion Live, ia merupakan program yang sangat kuat. Nama mereka juga sudah gah. Mereka merupakan sahabat saya yang terus kekal relavan
“Namun, saya mengharapkan pihak stesen televisyen akan memperbanyakkan program seperti itu supaya boleh menjadi rantaian dan peluang buat pelawak-pelawak baru yang sedang meningkat naik.
“Kesian kepada pelawak baru. Mereka tiada platform. Kena adakan sitkom-sitkom baharu. Walaupun, bajetnya tidak setinggi mana tapi kena adakan juga demi kelangsungan pelawak-pelawak ini,” katanya kepada MH.
Sementara itu, anggota kumpulan lawak, Bocey ini turut memaklumkan dirinya sentiasa bersedia sekiranya diberikan tawaran untuk muncul di program-program televisyen.
“Keinginan untuk muncul di televisyen itu masih ada. Kita pun bermula daripada tv jadi, kita tidak akan lepaskan kalau diberikan peluang.
“Cuma, buat masa sekarang, boleh dikatakan peluang itu memang tidak ada. Saya hanya mendapat jemputan untuk program-program bual bicara. Itu pun hanya setengah jam.
“Untuk program panjang, berepisod atau sitkom, memang tiada. Boleh dikatakan situasi ini bermula sejak Arwah Abam meninggal,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, para peminat juga masih boleh menyokong karya-karyanya dengan mengikuti perkembangannya di media sosial.
“Saya tak melihat diri saya dipinggirkan tapi saya anggap ia sebagai ujian. Ini bahagian saya. Saya ibaratkan kerjaya saya seperti roda. Dulu saya di puncak, ketika ini, saya di pertengahan.
“Saya tak rasa peminat tak memerlukan saya lagi. Kita punyai platform media sosial yang masih kuat.
“Bila buat live di platform media sosial, peminat kerap bertanya, bila saya nak muncul di televisyen.
“Saya hanya menjawab, ikutilah konten-konten saya di media sosial. Walaupun tak berbayar, itulah hadiah saya buat peminat. Daripada situ juga, terbuka pula rezeki lain,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Achey juga kini sibuk menguruskan beberapa bisnes seperti bengkel motosikal dan Tiara Candy.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Siti Nordiana menjelaskan kes mahkamah yang masih berjalan tidak mengganggu fokusnya di dalam All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang bakal memasuki minggu keempat saingan, Ahad depan.
Menurut Siti Nordiana atau Nana, bagi prosiding kes saman fitnahnya terhadap lima individu termasuk dua artis iaitu Lan Solo dan Syura itu sebelum ini, ia hanya melibatkan pengurusnya, Mohammad Al Anas Osman.
“Setakat ini ia tidaklah terlalu mengganggu memandangkan keterangan baru-baru ini tidak melibatkan saya, hanya Anas.
“Jadi saya memilih untuk tidak ambil pusing hal lain sebab sekarang tumpuan saya di sini (ASGV).
“Sekiranya saya perlu beri keterangan selepas ini pun, ia tidak menjadi isu dan saya tak rasa perkara itu boleh mengganggu tumpuan saya dalam pertandingan ini.
“Syukur, peminat pun faham dan sentiasa beri kata-kata semangat. Saya hanya mendoakan yang baik-baik,” katanya.
Terdahulu, pada 5 Oktober lalu, Anas memberitahu mahkamah bahawa kenyataan fitnah oleh lima individu berkenaan selebriti itu terlepas beberapa kontrak jenama terkemuka, pada November 2020.
Anas,39, berkata demikian ketika perbicaraan kes saman fitnah artis berkenaan yang dikenali sebagai Nana, di hadapan Hakim, Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan.
Menurutnya, surat pembatalan kontrak diterima selepas Siti Nordiana selaku plaintif menfailkan saman terhadap lima defendan itu.
Ditanya mengenai cabaran minggu duet minggu hadapan di ASGV, Nana bakal bergandingan dengan Amir Masdi menyampaikan lagu Ada Apa Dengan Cinta yang dipopularkan oleh Melly Goeslaw dan Eric.
“Bagi saya Amir seorang penyanyi yang mudah dalam memberikan kerjasama. Sebab bila kita mahu cari rakan duet, perkara tersebut memang perlu diambil kira juga.
“Saya juga tahu akan kemampuannya, dalam kita pun sedia maklum dia antara vokalis lelaki yang kian meningkat naik. Semoga persembahan kami nanti akan berjalan lancar, insya-Allah,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...