Seluruh umat Islam bakal menyambut 1 Ramadan esok dan semestinya buat sesetengah muslim, Ramadan tahun ini pastinya berbeza.

MH sempat bertemu dengan pelakon, Izreen Azminda semasa Majlis Pelancaran M.A.C F semalam, dia mengakui bahawa puasa tahun ini sememangnya berbeza.

“Pertama sekali, sebab tahun ini ahli keluarga dah bertambah. Kalau dahulu hanya saya dan anak, tapi kini sudah ada suami dan anak-anak.

“Maka, tentunya akan ada lebih persiapan adalah lebih,” katanya ketika sesi temubual bersama wartawan.

Terdahulu, Izreen dan suaminya, pemuzik, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude mengakui sudah berkahwin pada Ogos tahun lalu.

IKLAN

‘Jika Dahulu Saya dan Anak, Kini Suami Dan Anak-Anak ‘ – Ini Jawapan Izreen Azminda Tentang Persediaannya Sambut Ramadan

Ketika itu, Ude juga merupakan suami kepada Intan Liana Saleh dan mempunyai 2 anak bersamanya. Bagaimanapun, Ude menceraikan Intan pada hujung Mac lalu.

IKLAN

Sementara itu, Izreen turut berkongsi penerimaan anak-anak mengenai perkara tersebut.

IKLAN

‘Jika Dahulu Saya dan Anak, Kini Suami Dan Anak-Anak ‘ – Ini Jawapan Izreen Azminda Tentang Persediaannya Sambut Ramadan

“Alhamdulillah, anak-anak okay. Mereka macam faham, tak perlu diajar pun. Mula-mula memang anak saya macam pelik mana datang tiba-tiba ada budak lain, tapi lama-lama mereka dah geng.

“Sampai kadang-kadang tanya saya, tanya suami bila ‘kawan’ nak datang lagi,” kongsinya lagi.

Selain itu, Izreen juga mengakui bahawa dia ingin menutup buku mengenai isu ini.

“Kalau boleh saya dah tak nak cakap isu ini. Izinkan saya untuk mempunyai kehidupan yang normal, kepada saya dan juga pihak di sana,” katanya lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI