Uncategorized

Jessica Alba Hamil Anak Ketiga

Share

Dua hari yang lalu, menerusi akaun Instagram pelakon wanita Hollywood terkenal, Jessica Alba telah memuatnaik satu video boomerang dia bersama dua orang puterinya.

Di ruangan kapsyennya memberitahu bahawa dia kini sedang hamil anak yang ketiga.

“@cash_warren and I are officially going to be outnumbered #babyonboard #herewegoagain #blessed,” tulis kapsyennya.

Menurut sebuah sumber, ada yang mengatakan kehamilan Jessica kali ketiga ini adalah selepas lima tahun dia melahirkan anak kedua.

Rata-rata pengikut Jessica di Instagram mengucapkan tahniah kepadanya di ruangan komen.

momangeles: Congrats @jessicaalba @cash_warren and girls!! Super exciting!!!!

itsacourtneyy: Oh my GOD!!!! Yess!!! I love this so much, congratulations to you all!!! 

valentinahendriksen: @jessicaalba it will be a wonderfull child✨

irinapotapova10: this make me very happy!!! Congratulations!

Terdahulu Jessica dan suaminya Cash Warren berjumpa di set penggambaran filem Fantastic Four pada tahun 2004 dan berkahwin setelah menjalinkan hubungan cinta selama empat tahun pada tahun 2008.

Selain bergelar pelakon kini dia memberikan fokusnya kepada perniagaannya yang bermula pada tahun 2011 dan sekarang merupakan seorang usahawan yang berjaya.

Sumber: Instagram Jessica Alba

IKLAN