Uncategorized

Jelaskan Situasi Berlaku, Izara Aishah Mohon Maaf – Responnya Berkenaan Foto Peluk Tun M

Share

Izara Aishah memohon maaf selepas foto yang memaparkan dirinya memeluk Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini menjadi sensasi di internet hingga mencetuskan reaksi pelbagai di kalangan peminat.

Menerusi akaun Instagram peribadinya beberapa hari lalu, isteri Muhammad Adib Khalid itu memuat naik posting memohon maaf di dalam Bahasa Inggeris, yang sekali gus menjelaskan situasi yang berlaku pada ketika itu.

Terdahulu, Izara dan keluarga mertuanya itu melakukan kunjungan peribadi ke kediaman Tun Mahathir pada 2 Syawal lalu dan sehingga kini, posting berkenaan sudah pun mendapat lebih 11,000 tanda suka.

Foto: Instagram Izara Aishah

 

IKLAN