Uncategorized

Jayakan Watak Mualaf, Peminat Lamar Alvin Chong

Share

Kini, nama pemuda berbangsa cina, Alvin Chong, 26, semakin menjadi sebutan ramai apabila semakin banyak menghiasi slot drama-drama melayu.

Alvin juga berkata ada peminat yang berani melamarnya untuk menjadikan dia sebagai suami gara-gara keberkesanan lakonannya menghidupkan watak sebagai mualaf.

Jelasnya, peminat tersebut telah meluahkan perasaan ‘cinta’ setelah menonton lakonannya bersama Emma Maembong yang bersiaran di Astro Ria.

Walau bagaimanapun, Alvin merasakan lamaran tersebut sebagai satu gurauan dan usikan manja peminat.

“Kelakar apabila ada peminat menghantar mesej peribadi di laman sosial mahu menjadikan saya sebagai suami.

 

“Dia melamar saya berkahwin dan beritahu tertarik dengan karakter lakonan saya kerana menyangka saya benar-benar seperti dalam watak tersebut.

 

“Bagaimanapun, saya anggap itu hanyalah gurauan dan usikan manja mereka, tak ambil serius pun!,” katanya.

Selain Alvin dan Emma, drama Awak Suka Saya Tak turut menampilkan Sabhi Saddi dan Rabecca Nur Al Islam.

Perkembangan yang lain, Alvin sedang menjalani program The House bergandingan bersama aktor popular Fattah Amin.

Sumber : Mstar Online

IKLAN