Penyanyi Khai Bahar atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, 27, menerusi syarikat rakaman 17 Eleven Music kini dengan single yang dicipta khas untuk drama Kisah Cinta Rumi berjudul Hilang Gelita.
Drama yang bakal ditayangkan di Slot Lestary TV3, pada 24 April depan itu turut menampilkan Khai Bahar sebagai pelakon utama di samping barisan pelakon lain seperti Riena Diana, Sharifah Rose, Hariz Hamdan, Dynas Mokhtar, Cahaya Nilam, Noniswara, Louisa Alissa Chong dan Gen Darwish.
Menzahirkan rasa syukur, Khai berkata penghasilan lagu berkenaan adalah sebagai satu penghargaan yang besar.
“Alhamdulillah, ini satu lagi buah tangan yang cukupi stimewa buat peminat. Lagu ini memang dihasilkan untuk drama ini. Saya menganggap ia satu penghormatan apabila pihak syarikat penerbitan mahu saya cipta dan nyanyikan sendiri lagu tema drama ini.
“Memandangkan saya turut berlakon dalam drama ini, jadi agak mudah juga untuk mencari idea bagi menghasilkan lagu ini. Saya sudah faham serba sedikit jalan cerita drama ini, tinggal lagi saya perlu hasilkan melodi yang sesuai dan kena dengan kisah yang disampaikan.
“Proses rakaman juga berjalan lancar, walaupun dalam masa sama saya perlu terbabit dalam penggambaran. Terima kasih sekali lagi kepada pihak 17 Eleven Music atas kepercayaan,” katanya.
Khai bagaimanapun turut menambah, dia tidak mahu peminat keliru dengan single Perpisahan yang baru sahaja dilancarkan 12 April lalu.
“Kalau ikutkan pelancaran bagi kedua lagu ini tidak jauh. Mungkin ada peminat yang akan tertanya-tanya. Tapi, ingin dikongsikan bahawa lagu Perpisahan adalah single yang dimuatkan dalam album Damba Ketenangan yang turut mengandungi lima zikir.
“Memandangkan kita sudah berada di bulan Ramadan, jadi saya berasakan lagu Perpisahan dan album ini kena pada masanya.
“Sementara untuk lagu Hilang Gelita pula ia memang dihasilkan untuk lagu tema drama. Kiranya, peminat yang menonton drama ini nanti akan dapat mendengar lagu ini. Seperkara lagi, tema lagu ini pun berbeza.
“Dalam erti kata lain, peminat ada pilihan untuk mendengar. Kalau nak mendengar keduanya juga lagi bagus. Ini kerana kedua lagu ini juga memiliki melodi dan lirik yang bagus. Jadi, bagi saya tidak akan timbul soal keliru.
“Lagi pula, pada zaman sekarang peminat juga lebih mudahuntuk mendengar lagu. Banyak platform digital muzik sudah tersedia. Malah kalau di YouTube mereka boleh menonton video muzik,” katanya lagi.
Berkongsi mengenai lagu itu lebih terperinci, Khai bertuah apabila dapat bekerjasama dengan Rozi Razak yang menggunakan nama pena Rozisangdewi iaitu pengurs kepada penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
“Drama ini mengisahkan bagaimana percintaan sepasang kekasih yang penuh dugaan. Jadi, melodi lagu perlu dihasilkan mengikut latar cerita ini. Malah, untuk lirik saya berasa bertuah apabila dapat bekerjasama dengan Kak Rozi.
“Diakui, kata-kata yang dihasilkan Kak Rozi punya nilai tersendiri. Terima kasih kerana sudi menerima tawaran kami,” katanya.
Sementara itu, Rozi berkata, kesungguhan Khai bersama pengurusnya datang berjumpa adalah penghormatan besar buat dirinya.
“Pihak pengurusan Khai iaitu Jai bertanya sendiri jika sayasudi menulis sebuah lirik lagu untuk Khai. Kesungguhan Khai dan Jai datang berjumpa sendiri adalah satu penghormatan besar buat saya.
“Ini kerana seorang anak muda berbakat besaryang mencipta sendiri lagu itu, sudi memilih saya menuliskan liriknya.
“Lirik Hilang Gelita saya tulis berasaskan sinopsis cerita atau drama yang diberikan. Apabila saya memberikan draft lirik yang pertama, pihak Khai terus bersetuju dan menerima baik.
“Selain itu, saya mengenal rapat Khai dan Jai dan saling bertukar pandangan dan mereka suka bertanya pendapat dan sebagainya. Dari situ saya faham karakter dan kemahuan Khaidan membuatkan kerjasama menjadi mudah,” katanya.
Lagu dan video muzik HilangGelita yang dilancarkan pada Rabu di YouTube sudah pun meraih hampir 15,000 tontonan setakat ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak semalam penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza ada berkongsi momen indah dalam betuk foto dan video sekitar majlis akikah dan tahniak puteranya, Muhammad Afwa Khalid.
Seminggu selepas kelahiran, Siti turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak terlibat menerusi majlis yang dilangsungkan secara sederhana tetapi meriah di kediamannya itu.
“Alhamdulillah, majlis aqiqah, maulid dan tahnik telah berlangsung penuh sederhana tetapi memberi erti yang besar buat kami sekeluarga.
“Alhamdulillah, rezeki anaknda Muhammad Afwa, kerana telah mendapat doa-doa dan juga ditahnik oleh YBhg. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Ustaz Don Daniyal, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Iqbal serta imam masjid Bukit Mulia.
“Terima kasih di atas sekian banyaknya doa yang telah kami dan anakanda kami terima daripada orang ramai, tidak ada lafaz terindah pada bulan penuh keberkatan ini, selain saya berharap agar Allah selalu mengikat hati kita semua dalam kebaikan bersilaturahim, meningkatkan amal kebajikan dan memperbanyakkan lagi amalan.
“Terima kasih kepada kaum keluarga terdekat yang menyantuni majlis sederhana buat anakanda Muhammad Afwa semalam,” tulisnya sebagai kapsyen lengkap kredit.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat serta rakan selebriti turut sama mendoakan kesejahteraan bayi yang baru dilahirkan itu semoga membesar sebagai anak soleh.
Malah, tidak kurang yang turut memuji penampilan penyanyi lagu Anta Permana itu yang serba ringkas dan kekal menawan meski masih dalam tempoh pantang.
“Relax je tokti. Baju pun xsedondon beria2.. cantik dan simple,” tulis seorang peminat.
“Cantiknya tokti.. idol saya sejak dari mula dia jadi penyanyi.. seorg Artis yg sopan dan very humble.. semoga Allah selalu berikan rezeki utk dato siti.AMINN,” titip seorang peminat lainnya.
“Comel sungguh TokTi,” puji individu ain terhadap penampilan penghibur itu.
Penyanyi Shiha Zikir sekali lagi memeriahkan sambutan Aidilfitri tahun ini apabila tampil dengan lagu raya terbaharu berjudul Memori Raya.
Lagu tersebut merupakan hasil kolaborasi antara...