Semalam, kecoh di media sosial berhubung isu penyanyi, Ariff Bahran yang ibarat memperkecilkan penyanyi, Tomok dan kumpulannya New Boyz.

Lantaran itu, peserta program Big Stage tersebut telah pun mengeluarkan kenyataannya untuk memohon maaf serta menjelaskan kekeliruan berkenaan isu panas tersebut.

View this post on Instagram

Assalamualaikum. Untuk pengetahuan semua, sebelum mana-mana sesi rakaman klip video (VT) diadakan, kami akan berbincang terlebih dahulu dengan pihak produksi #BigStage dan jawapan yang dilontarkan ketika soal jawab tersebut adalah sangat bersahaja dan santai. Pihak produksi memberikan kami skrip sebagai rujukan dan kami akan olah skrip tersebut dengan cara kami yang tersendiri. Komen yang diberikan tidak berniat untuk menyindir Tomok mahupun kumpulan New Boyz. Namun begitu, mungkin ada di antara peminat yang menyalah tafsir jawapan tersebut dan berfikir yang sebaliknya. Sejujurnya, saya menghormati Tomok sebagai seorang figura yang disegani dalam industri seni tanah air dan saya memohon maaf jika berlakunya sebarang keterlanjuran.

A post shared by Bahran (@ariffbahran) on

IKLAN

“Assalamualaikum. Untuk pengetahuan semua, sebelum mana-mana sesi rakaman klip video (VT) diadakan, kami akan berbincang terlebih dahulu dengan pihak produksi #BigStage dan jawapan yang dilontarkan ketika soal jawab tersebut adalah sangat bersahaja dan santai.

 

“Pihak produksi memberikan kami skrip sebagai rujukan dan kami akan olah skrip tersebut dengan cara kami yang tersendiri. Komen yang diberikan tidak berniat untuk menyindir Tomok mahupun kumpulan New Boyz. Namun begitu, mungkin ada di antara peminat yang menyalah tafsir jawapan tersebut dan berfikir yang sebaliknya,” jelasnya.

Jelas Bahran, dia tiada niat untuk menyindir Tomok mahu pun New Boyz kerana menganggap jawapan yang telah diberikannya itu adalah secara bersahaja tetapi telah disalah tafsir oleh segelintir pihak.

IKLAN

Bahran juga telah membuat permohonan maaf di atas keterlanjurannya itu serta menyifatkan Tomok sebagai figura yang disegani di dalam industri seni tanah air.

IKLAN

“Sejujurnya, saya menghormati Tomok sebagai seorang figura yang disegani dalam industri seni tanah air dan saya memohon maaf jika berlakunya sebarang keterlanjuran,” katanya lagi.

Terdahulu, Ariff Bahran merupakan penyanyi meningkat naik yang popular dengan single berjudul ‘Kata Akhirmu’ yang memiliki 12 juta tontonan di  laman Youtube.

Foto: Instagram & Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI