Uncategorized

Jawapan Sharifah Sakinah Bila Ada Yang Claim Lagu Rasa Sayang Memang Win!

Share

Sharifah Sakinah memuat naik video di Instagram menyanyikan lagu Rasa Sayang dalam usaha untuk menyemarakkan semangat negara.

“Siapa boleh nyanyi lagi feeling daripada kita? Especially part kita tarik note tinggi tu.

 

“Kepada semua rakyat Malaysia, jom kita nyanyi sama-sama, #singtogether untuk bagi semangat negara kita,” tulisnya.

Bagaimanapun, tindakannya itu mendapat teguran pihak tertentu yang mendakwa bahawa lagu tersebut adalah milik mereka.

Namun begitu, Sakinah dengan cekap memberikan jawapan ‘win’ kepada mereka.

“Ya, kita sama-sama share. Jerebu pun dari kamu kami pun share jerebu dari kamu,” tulisnya

Alahai, MH pasti Sakinah hanya ingin bergurau kan? Dia pun sememangnya seorang yang suka bergurau.

Apa-apapun, bulan Ogos merupakan bulan kemerdekaan buat seluruh rakyat Malaysia. Janganlah kita sia-siakan jasa-jasa perajurit tanah air yang telah berjuang mempertahankan tanah air kita ini. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Foto/IG Story: Sharifah Sakinah

IKLAN