Bersempena dengan ulang tahun kelahiran aktres Lana Nodin, pelakon Lisdawati melayangkan ucapan istimewa buat rakan artisnya itu yang kini sudah menetap di Amerika Syarikat.
Meski sudah berjauhan, namun ingatan tulus doa dari bintang KL Menjerit itu buat Lana kekal terpahat.
Menurut Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, meski jarang berjumpa, namun mereka masih tetap berhubung.
“Selamat Harijadi Sahabat 8 Dec. #sagittarius
Ads
@lananodinmckienzie. Kita tak selalu jumpa tapi KITA ADA. Tak selalu bercerita tapi ADA RAHSIA.
“Iya luaran tak cerminan dalaman tapi Insya-Allah pelan-pelan kayuh ye sahabat sementara masih ada WAKTU.
“Doaku sentiasa ada walaupun kita jauh. Semoga U sentiasa bahagia dunia dan akhirat #doaygbaikbaiksaja #sayangkeranaallah,” tulisnya menerusi hantaran di akaun Instagram.
Selepas dua minggu tiada penyingkiran, Kumpulan Nico menjadi peserta pertama yang tersingkir menerusi program Gegar Vaganza kelapan (GV8) yang bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.
Nico yang dianggotai oleh Nico, Alfa dan Dino memperolehi markah paling rendah di antara 13 bintang yang bersaing, iaitu dengan 50.10 peratus.
Sementara itu persembahan memukau menerusi lagu Semalam meletakkan Nikki Palikat di tangga teratas dalam kedudukan markah iaitu dengan 84.80 peratus.
Aliff Aziz memperolehi markah sebanyak 83.90 peratusdi kedudukan kedua dan diikuti Adibah Noor dengan 81.30 peratus.
Berikut ialah senarai markah kesemua peserta GV8 minggu ketiga;
Kesemua peserta diadili Datuk Ramli MS bersama Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz dan Datuk AC Mizal sebagai juri jemputan.
GV8 masih mengekalkan Nabil Ahmad serta Jihan Muse sebagai hos dan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) dari
Anugerah Digi Next Level dimenangi oleh Aweera manakala pemenang Bintang Cuckoo Healty Home berpihak kepada Sa.Ya.
Juara membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara RM30,000 tempat ketiga.
Untuk rekod, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai (Ilusi), Siti Nordiana pada musim kedua, Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu dan Hady Mirza (GV6) dan Cliff Umar (GV7).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menteri Komunikasi dan Miultimedia Tan Sri Annuar Musa menasihati penggiat seni lokal untuk mengetepikan perbezaan ideologi dan tidak bercakaran demi kemajuan industri perfileman negara.
Menurut beliau, segala percanggahan pendapat harus diselesaikan secara harmoni sejajar dengan misi kerajaan mempromosikan konsep Keluarga Malaysia.
“Kalau dulu kita asyik baca kontroversi sana sini, sekarang perlu kurangkan konflik. Buat apa cari gaduh dan cari perbezaan, sepatutnya kita harus cari titik persamaan.
“Jika ada idea bagus individu itu perlu cadangkan dan bincang. Tidak perlu masuk media sosial orang itu untuk menghentam sana-sini sedangkan setiap perkara boleh diselesaikan dengan berhemah.
“Lazimnya dalam dunia sekarang, baik orang politik, artis ataupun pemain bola sepak harus kurangkan konflik. Buat apa suka cari gaduh dan cari perbezaan, padahal mereka lupa cari titik persamaan.
“Jadi harap semua persatuan seni janganlah bercakaran, saya sebagai bapa atau datuk mahu menasihatkan, kita ceriakan kerjaya kita, tidak perlu timbulkan polemik yang tidak baik,” kata Ahli Parlimen Ketereh itu.
Annuar berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Festival Filem Malaysia ke-31 di Hotel Royal Chulan The Curve, Damansara pada Rabu.
Hadir sama Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Zakaria Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Professor Md Nasir Ibrahim serta Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin.
Sementara itu, Annuar turut menegur sikap segelintir penggiat seni yang tidak mengambil peduli penganjuran festival ini.
Katanya, mereka sepatutnya memberi sokongan memandangkan FFM adalah majlis yang diadakan untuk meraikan kru filem.
“Saya faham dalam situasi pandemik masa sekarang, mungkin ada yang terlepas pandang memandangkan mereka kembali bekerja.
“Bagaimanapun kalau dilihat segala publisiti yang dihebahkan di media, mereka sepatutnya lebih peka dengan perkembangan anugerah besar seperti ini.
“Wartawan dan televisyen memainkan peranan menyebarkan mengenai anugerah ini, tetapi mereka (orang industri) tidak mahu ambil ‘port’ apa yang berlaku di sekeliling mereka,” katanya.
FFM31 akan berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre pada 10 Disember depan yang mempertaruhkan 55 buah filem.
Buat pertama kalinya juga pemenang Filem Terbaik akan membawa pulang trofi dan geran Dana Kandungan Digital bernilai RM500,000.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Lisdawati menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT selepas anak ketiganya yang juga merupakan model muslimah, Hanna Faresha telah selamat melangsungkan majlis pernikahannya pada tanggal 12 Disember lalu.
Menurut Lisdawati, dia mendoakan semoga bahtera perkahwinan anaknya itu bersama pasangannya yang dikenali sebagai Afiq akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
“Alhamdulillah selesai sudah acara majlis pernikahan dan sanding anak ketiga. Semoga Allah swt merahmati korang berdua. Bahagia hingga akhir hayat,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pelakon, Fauzi Nawawi itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Lisdawati turut merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.
Malah, dia juga memohon maaf kepada mereka yang tidak mendapat undangan memamdangkan majlis tersebut diadakan secara patuh prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
“Terima kasih kepada semua pihak yg terlibat menjayakan majlis ini. Maaf atas segala kekurangan sepanjang majlis berlangsung.
“Maaf juga kepada mereka yang tak dapat kami jemput atas sebab-sebab SOP yang terhad. Terima kasih juga kepada pihak besan dan seluruh ahli keluarga yang datang dari jauh,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Lisdawati dan anaknya itu.
“Syukur, Alhamdulillah. Tahniah ya.
“Alhamdulillah, syukur. Bertambah lagi ahli keluarga.
“MasyaAllah, tabarakallah. Kedua-dua pasangan sama cantik sama lawa. Semoga istana yang dibina berkekalan ke syurga Allah.
“Alhamdulillah, tahniah. Semoga kedua mempelai bahagia hingga ke jannah,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Menerusi perkongsian tersebut, pasangan dua merpati sejoli ini dilihat sama cantik sama padan mengenakan sepersalinan rona putih beserta songket hasil sentuhan pereka Shanell Harun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Fattah Amin menyokong penuh usaha daripada pihak kerajaan untuk memperkasakan Kempen Internet Selamat bagi membendung isu buli siber yang kini dilihat semakin membimbangkan.