Pelakon terkenal Hong Kong, Maggie Cheung kini memilih untuk menjauhkan diri daripada dunia glamor apabila menetap di Bordeaux, Perancis dan memilih untuk menjalani kehidupan sederhana.

Bintang filem itu dilihat lebih selesa menghabiskan masa menguruskan kebun serta membela ayam bagi mendapatkan telur segar. Dalam perkongsian di media sosial, Cheung tampil memakai pakaian ladang dan topi lebar ketika mengutip telur sambil menyatakan rasa syukur dengan kehidupan baharunya itu.

“Setiap kali saya mengutip telur, saya rasa gembira dan bersyukur,” katanya.

Menurut laporan media, Maggie kini mengamalkan gaya hidup minimalis. Beliau menyewa sebuah rumah lama, memandu trak pikap untuk mengangkut sayuran organik, berbasikal mengelilingi kampung serta ke pasar dengan hanya membawa bakul buluh.

Jauh Dari Dunia Glamor, Maggie Cheung Kini Bahagia Kutip Telur Ayam

Ads

Beliau yang sudah lama menyepi daripada dunia lakonan sejak 2012 hanya beberapa kali muncul di khalayak umum. Kehidupannya yang lebih tenang bagaimanapun tetap menarik perhatian media termasuk paparazi yang sesekali merakam rutin hariannya sehingga mencetuskan spekulasi mengenai kehidupannya.

Akhbar Hong Kong, Mingpao melaporkan, pelakon berusia 61 tahun itu kini berulang-alik antara Eropah dan Hong Kong. Beliau menegaskan lebih memberi tumpuan untuk hidup pada masa kini dan memahami keutamaan diri agar kehidupan lebih teratur serta damai.

“Sama ada bersama rakan atau bersendirian, saya belajar menghargai saat ini,” ujarnya.

Ads

Menariknya, Maggie kembali mencuri perhatian selepas menyertai platform media sosial China, Xiaohongshu (Rednote). Penampilannya yang kelihatan muda dan bergaya santai mendapat pujian peminat sekali gus mencetuskan tanda tanya mengenai perkongsian seterusnya.

Jauh Dari Dunia Glamor, Maggie Cheung Kini Bahagia Kutip Telur Ayam

Ads

Sepanjang kariernya, Cheung dikenali sebagai pelakon Asia yang berjaya di pentas antarabangsa dengan membintangi filem Hollywood dan meraih anugerah berprestij.

Antara pencapaian besarnya termasuklah Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Berlin menerusi Center Stage pada 1991 serta mencipta sejarah sebagai pelakon Asia pertama memenangi anugerah sama di Festival Filem Cannes menerusi Clean pada 2004.

Imbas kembali, Maggie memulakan langkahnya dalam dunia hiburan apabila mewakili Hong Kong dalam pertandingan Miss World pada 1983. Dalam pertandingan itu beliau berjaya bergelar peserta top 15. Menariknya, Tan Sri Michelle Yeoh juga sama-sama bertanding dengannya ketika itu mewakili Malaysia.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads