Jasad Michael Jackson Tiada Dalam Kubur

Pada tahun 2009, raja pop dunia Michael Jackson telah menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat daripada masalah kegagalan jantung.

Menurut sebuah sumber, ibu kepada Michael, Katherine telah mendedahkan bahawa kubur anaknya yang terletak di tanah perkuburan Forest Lawn itu sebenarnya kosong tanpa jasad Michael di dalamnya.

“Semua orang fikir jasad Michael ditanam di Forest Lawn tapi sebenarnya tidak.

 

“Keluarga Michael telah merahsiakan hal ini untuk keselamatan dan atas permintaan Michael sendiri untuk merahsiakan di mana jasadnya tetapi ibunya telah memberitahu rahsia besar ini kepada seorang rakan yang dipercayainya,” kata sumber.

Berjuta manusia menonton upacara pengebumian Michael di Los Angeles’ Staples Centre namun sebenarnya mayatnya disimpan di dalam keranda.

IKLAN

Selepas sebulan keluarganya bertengkar akhirnya Khaterine mengambil keputusan untuk membakar jasad Michael.

“Keluarganya telah bergaduh lebih kurang satu bulan untuk memikirkan apa yang harus dilakukan pada jasad Michael dan Katherine sangat paranoid ketika itu jika jasad Michael dicuri orang,” kata sumber.

Akhirnya jasad Michael dibakar dan abunya ditanam di bawah sebuah pokok buah pir di kediamannya yang terletak di California.

IKLAN

Namun masih tiada kenyataan rasmi yang diberikan oleh keluarga Michael tentang perkara ini sehingga sekarang.

Sumber: Radar Online