Sejak mula aktif menggunakan sosial media, Elyana kelihatan kerap berkongsi aktiviti hariannya bersama puteri kecilnya Cinta Sumayyah.

Namun sejak kontroversi muat naik status serta luahan sedih di instatram, Elyana sudah kurang muat naik gambar anaknya apatah lagi gambar-gambar bersama suaminya.

MH Online serta beberapa pengikutnya tertanya-tanya apakah yang terjadi? Adakah semuanya dalam keadaan yang baik-baik? Namun semuanya terjawab apabila Elyana hadir ke konsert The Stage 2.0 yang berlangsung semalam di Unisel.

Jarang Upload Gambar Suami, Elyana Beri Penjelasan

Elyana yang hadir bersama suami tercinta nampak sungguh cantik dan awek muda dengan persalinan serba putih.

Tidak melepaskan peluang kami bertanya adakah benar spekulasi netizen yang mengatakan hubungannya bersama suami sedang dilanda masalah?

Ads

“Saya seorang yang berpijak di dunia yang nyata. Saya juga manusia biasa tidak boleh lari daripada dilanda masalah. Saya jenis yang tidak reti bercerita pada orang tentang masalah saya tetapi saya lebih suka berkongsi melalui posting.

“Apa yang saya dah post tu memang betul-betul jujur daripada hati. Ingin saya ingatkan, saya adalah individu berbintang Cancer, jadi emosi saya cepat berubah. Kejap sedih kemudian gembira.

“Jadi dengan cara itu saya ekspresikan perasaan saya. Kalau orang dapat baca dan tengok jadi baca sahajalah, jika tidak, tidaklah,” jawabnya tentang isu luahan sedih di instagram.

Jarang Upload Gambar Suami, Elyana Beri Penjelasan

Ads

Namun apabila ditanya soalan adakah benar dia mempunyai masalah rumah tangga sehinggakan dia tidak pernah post sebarang gambar bersama suami hingga timbulkan kontroversi, Elyana sempat bergurau…

“Eh tu suami saya (sambil menunjuk ke arah suami)… Saya tahu mesti akan tanya soalan ni, tu yang bawak. Hahahaha…

“Okay sebenarnya macam ini, suami saya seorang yang susah untuk bergambar dan lagi pula kalau diikutkan dulu saya kerap share perkembangan tentang hubungan saya dan keluarga sendiri. Tetapi apabila ingin buat comeback, saya ingin tonjolkan diri saya terlebih dahulu kemudian barulah keluarga saya semula.

Ads

“Bukan apa, orang zaman sekarang lebih suka tengok lifestyle seorang artis berbanding produk atau lagunya sendiri so sebab itulah saya nak fokuskan pada diri saya dahulu,” jelasnya.

Apabila ditanya bagaimana reaksi suami apabila Elyana sendiri mengambil keputusan untuk tidak memuat naik gambar suami? Elyana menjawab tiada masalah kerana mereka berdua saling memahami antara satu sama lain.

“Suami saya pun tak menjadi masalah, sebab dia sendiri pun tak post gambar saya,” jawabnya sambil berjenaka.

Elyana yang kini sedang sibuk mempromosikan lagu barunya Ikhlas Dalam Resah memberitahu walaupun katanya dia ‘buta IT’ tetapi dia tetap akan berusaha untuk menguasai dunia digital terutamanya sosial media.

MH Online doakan yang terbaik buat Elyana dan semoga semuanya berjalan dengan lancar. Malah kami juga harap selepas ini tiada pihak salah faham tentang hubungannya bersama suami.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI